Ini Senarai 5 Hotel Yang Paling Berpuaka Di Seluruh Asia

Apabila bercerita tentang tempat-tempat yang dikatakan berhantu, kita mesti akan bayangkan tempat itu usang, sunyi dan buruk. Tetapi tahukan anda, tak semestinya bangunan baru, cantik dan moden tiada masalah gangguan makhluk halus.

Berikut adalah senarai hotel yang paling berhantu di seluruh Asia.

1. First World Hotel, Genting Highland, Malaysia

Hotel terbesar didunia ini telah mengecat seluruh bangunan dengan cat yang berwarna warni. Rekaan bangunanya juga moden dan lengkap dengan adanya kasino itu berjaya menutupi mata orang ramai bahawa hotel itu adalah sangat berhantu.

Apa yang menariknya, tingkat 21 hotel itu telah ditutup disebabkan tak tahan dengan gangguan hantu disitu. Menurut salah seorang kakitangan hotel terbabit terdapat ramai pengunjung yang kalah berjudi telah membunuh diri di tingkat berkenaan.

Walaupun hotel penuh khususnya pada musim cuti sekolah, tingkat 21 tetap akan ditutup dan tiada sesiapa pun yang dibenarkan ke ruangan itu kerana lif juga telah disetkan supaya tidak terbuka.

2. Hotel Yu Shan Fan Dian, Chengde, Tiongkok

Hotel ini sangat istimewa kerana hanya disini sahaja pengunjung dapat betrtemu dengan hantu permaisuri Tiongkok. Ia kerana hotel ini telah dibina di atas taman pada masa Dinasti Qing dahulu. Dikhabarkan hantu permaisuri Cixi sering kelihatan ditingkat 8 hotel tersebut.

3. International Garden Hotel, Narita, Jepun

Hotel ini sangat terkenal dengan hantu budak kecil yang sering muncul di bilik-bilik hotel dan mengganggu pengunjung dengan mengajak bermain bersama. Seram kan.

4. Holiday Inn Silom, Bangkok, Thailand

Di hotel ini pengunjung boleh ternampak hantu perempuan berambut panjang dan budak kecil yang sering berlari-lari di ruangan koridor hotel. Yang lebih menyeramkan lagi adalah, pernah beberapa orang pengunjung lain telah terjumpa dan melihat sendiri ada budak kecil sedang berdiri sambil memerhatikan mereka masa baru bangun dari tidur.

5. Asia Hotel Bangkok, Thailand

Hotel tertua di Thailand ini paling terkenal dengan kisah seramnya kerana pengunjung sering mendengar tangisan dan juga pernah terasa seperti disentuh masa sedang tidur. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *