Inilah 6 Jenis Wanita Yang Ditegah Oleh Imam Ghazali Untuk Dikahwini

Nak mencari seorang wanita untuk dijadikan sebagai teman hidup ini bukanlah mudah. Terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan oleh lelaki untuk menentukan siapa calon yang tepat untuk menjadi suri didalam hidup mereka.

Menurut Islam, terdapat empat ciri penting yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kaum lelaki untuk dijadikan panduan dalam memilih calon isteri.

Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perempuan dinikahi karena empat faktor. Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya dan karena agamanya. Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.” (HR Bukhari)

Walaupun demikian, nabi muhammad saw juga menekankan kriteria utama untuk mencari isteri adalah dengan memilih wanita yang lebih mementingkan agamanya berbanding paras rupa.

Selain daripada itu, Imam ghazali juga pernah berpesan supaya janan menikahi enam jenis wanita seperti dibawah ini;

1. Wanita Ananah / Yang Kuat Merungut

Perempuan yang jenis ini sentiasa akan merasa tidak puas hati dengan segala pemberian ataupun apa yang dilakukan oleh suami.

2. Wanita Mananah / Menafikan Usaha dan Jasa Suami

Perempuan seperti ini sentiasa akan mengaku dialah yang banyak berkorban untuk rumah tangga. Perempuan jenis ini juga suka mengungkit-ungkit segala perbuatannya untuk keluarga. Kebiasaannya mereka adalah perempuan yang bergaji besar dan berkerjaya.

3. Wanita Hananah / Membeza-bezakan Suami

Mereka akan membandingkan suami dengan lelaki lain ataupun bekas suami yang terdahulu. Perempuan jenis ini juga sering mendambakan suami yang lebih baik daripada suami yang sekarang. Mereka juga dikategirikan sebagai isteri yang tidak tahu bersyukur dan mengkufuri nikmat perkahwinan.

4. Wanita Hadaqah / Yang Berkeinginan Besar

Perempuan jenis ini bersikap boros dan suka berbelanja mengikut nafsu. Mudah tertarik dengan barangan yang mahal dan akan meminta-minta daripada suami. Perempuan yang boros berbelanja sangat tidak digalakkan dalam Islam.

5. Wanita Baraqah / Suka Bersolek

Menurut Imam Ghazali terdapat dua makna bagi kategori ini..,Pertama, wanita yang dari golongan ini adalah mereka yang suka bersolek dan menghias diri bukan untuk suaminya tetapi untuk menunjuk-nunjuk kepada lelaki lain.

Kedua, wanita yang tidak mahu makan dengan orang lain kecuali makanannya diasingkan. Suka makan bersendirian dan suka marah ketika makan bersama suami.

6. Wanita Syadaqah / Kuat Membebel

Perempuan dari jenis ini sanagt suka bercakap, mulut bising dan hanya pandai komen sahaja. Mereka hanya menjadi si penyibuk tetapi tidak pandai melakukan sebarang kerja pun.

Bagi kaum lelaki sebaiknya elakkan lah cari calon isteri yang terdiri daripada enam ciri wanita diatas. Sebaiknya selidik dahulu latar belakang dan keperibadian wanita tersebut. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *