iPhone X Bukan Bukti Cinta Emma Maembong Kepada Kamal Adli

Selepas isu hangat mengenai cinta tiga segi di antara Emma Maembong, Kamal Adli dan Zahirah McWilson melanda, semua sudah sedia maklum yang hubungan cinta Kamal Adli dan juga Emma Maembong telah berakhir.

Namun, baru-baru ini kecoh di Instagram apabila Kamal Adli memuat naik gambar Emma telah menghadiahkan dia iPhone X. Wah, iPhone X kut, tapi kata dah putus kenapa Emma hadiahkan Kamal telefon bimbit yang maha mahal itu?

Gambar itu juga telah dihujani dengan pelbagai komen dari netizen yang mengesyaki pasangan itu telah kembali bersama semula. Tetapi, menerusi sebuah akhbar tempatan, Emma menjelaskan yang hubungan dia dengan Kamal kini hanyalah sebagai kawan sahaja, dan dia selesa seperti itu.

Soal selebihnya dia serahkan kepada jodoh. Betul juga tindakan Emma itu, dari kecoh sana sini pasal isu bercinta ini, lebih baik berdiam diri, nanti bila sudah ada berita gembira baru dihebohkan. Bukan apa, bosan dah dengar macam-macam cerita cinta tapi akhirnya tidak menjadi.

Lagipula, bila tak terlalu mendedahkan hal peribadi kepada orang ramai, tak semua orang baik dan ikhlas doakan kita, kadang mereka boleh jadi anasir jahat yang ingin merosakkan hubungan bahagia orang. Mungkin Emma hadiahkan iPhone X itu kepada Kamal atas alasan lain.

Yelah, mana tahu Emma pernah janji dengan Kamal mahu hadiahkan dia telefon pintar terbaru itu ke macam Emma datang ke pentas akhir Super Spontan sebab sudah berjanji dengan Kamal. Sekurang-kurangnya, Emma masih ingat akan janjinya meskipun telah putus dengan Kamal.

Pasangan lain boleh contohi sikap Emma ini, putus cinta itu tidak bererti putus terus hubungan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *