Iqram Dinzly Dapat Sokongan Peminat Selepas Dituduh Tidak Waras

Beberapa hari lepas kecoh apabila pelakon Iqram Dinzly yang memuat naik gambar dia ber’selfie’ bersama arwah bapanya yang sedang sakit di hospital sambil memakan lolipop.

Perbuatan Iqram itu menyebabkan ramai netizen beranggapan yang Iqram kini sudah tidak waras sehingga sanggup melakukan sesuatu yang tidak normal pada ayahnya yang sedang tenat.

Namun, yang sebenarnya, ayah Iqram sendiri yang minta mahu makan lolipop itu, bukannya Iqram sengaja berikan bapanya lolipop pastu suka-suka nak berselfie sampai kena kecam teruk dengan netizen.

Malah, bukan hanya digelarkan tidak waras tetapi ada juga yang sampai mengatakan yang Iqram telah mengamalkan ajaran yang salah. Mungkin disebabkan oleh imej Iqram seperti itu tetapi tak akan lah sampai begitu sekali tuduhan netizen.

Tidak semestinya jika memakai jubah dan serban, orang itu sudah ikuti ajaran yang salah. Menurut penjelasan Iqram dia hanyalah manusia biasa yang mudah alpa, cuba untuk tidak menyusahkan sesiapa tapi masih ada lagi orang yang buruk sangka kepadanya.

Iqram juga mengatakan terima kasih kepada mereka-mereka yang sudi mengambil berat dan merelakan dirinya teruskan dicerca.

Namun, bukan semua netizen mengutuk perbuatan Iqram itu, ada beberapa netizen yang prihatin turut menyuarakan sokongan mereka kepada Iqram dan meminta supaya Iqram menganggap itu semua sebagai tanda Allah mendidiknya supaya menjadi lebih baik dan penyabar.

Betul itu, netizen sepatutnya tidak perlu terlalu lancang bersuara tanpa menyelidik dahulu perkara yang sebenar sehinggakan kritikan netizen itu kelihatan seperti satu kata cercaan. Sudah-sudahlah tu kumpul dosa dekat media sosial, banyak lagi kegunaan media sosial yang lebih bermanfaat. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *