Isteri Bunuh Seluruh Ahli Keluarga Demi Kekasih Gelap

Gara-gara tekanan perasaan, seorang wanita nekad untuk membunuh suami yang baru dinakahinya bersama 17 lagi anggota keluarga yang lain. Aasia Bibi, berusia 21 tahun dikatakan telah dipaksa berkahwin dengan seorang jejaka yang bukan pilihan hatinya.

Menurut sumber, wanita yang berasal dari Pakistan ini pernah menolak dua kali lamaran dari jejaka tersebut. Namun disebakan malu, keluarga Aasia telah menerima lamaran tersebut dan mendesak Aasia untuk berkahwin.

Disebakan rasa tak bahagia dengan perkahwinan itu, Aasia sering kali mengadu kepada keluarga dan berhasrat mahu bercerai dengan suaminya itu.

Aasia juga dilaporkan sudah banyak kali cuba melarikan diri tetapi gagal, ini membuatkan Aasia berasa nekad untuk meracuni seluruh anggota keluarganya dengan memberi mereka minum susu yang dicampur dengan racun tikus.

Malangnya, rancangan Aasia gagal apabila suaminya tak mahu minum susu berkenaan. Ibu mertua Aasia yang tidak mengetahui tentang susu beracun tersebut telah menggunakan susu itu untuk membuat minuman yogurt dan telah menghidangkannya kepada 27 orang sanak saudaranya.

Berikutan dengan itu, 17 orang daripada mereka telah maut manakala 10 orang lagi masih dirawat di hospital.

Walaubagaimanapu, Aasia yang berjaya melarikan diri dengan kekasihnya telah ditangkap dan dikenakan tuduhan cubaan membunuh. Aasia juga telah membuat pengakuan yang dia sebenarnya tidak merancang untuk membunuh seluruh keluarga dan dia hanya merancang untuk membunuh suaminya sahaja. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *