Isteri Datuk Terlajak Laris Patut Nasihat Sajat.. – Netizen

Lagu terbaru Datuk Aliff Syukri dan Nur Sajat yang bertajuk ‘Abang Nak Tegur’ telah memasuki hari keenam berada di YouTube. Dan seperti yang semua ketahui, isteri Datuk Aliff, Datin Shahida pernah mengatakan yang dia kurang bersetuju apabila suaminya ingin berduet dengan Nur Sajat.

Ia bukanlah disebabkan cemburu tetapi hanya kerana Datin Shahida tidak tahan melihat suaminya menjadi bahan kritikan netizen sehinggakan dia sendiri berasa tertekan dengan semua kritikan itu meskipun ia tidak ditujukan padanya.

Walaupun telah menerima gandingan suaminya dengan Sajat, tetapi masih ada lagi netizen memberikan komen-komen pedas pada Datin Shahida mengatakan perbuatan pasangan Terlajak Laris itu seperti menyokong golongan ‘itu’ sedangkan tahu yang itu adalah satu dosa.

Malah, ada juga yang meminta Datin Shahida sebagai kawan menasihati Sajat supaya berubah dan kembali ke jalan yang benar.

Namun, Datin Shahida ternyata tidak membiarkan sahaja komen negatif itu dan bertindak menjawab mengatakan dia tidak menyokong golongan ‘itu’ tetapi hanya mempromosi lagu yang dinyanyikan oleh suaminya.

Sebagai kawan, sudah pasti Datin Shahida ada menasihati Sajat tapi itu terpulang kepada Sajat, sama ada dia mahu berubah atau tidak. Netizen pula, tidak sepatutnya berkata yang tindakan Datin Shahida promosikan lagu ‘Abang Nak Tegur’ itu seolah-olah seperti menyokong golongan itu.

Sudah jelas pada caption Datin yang dia langsung tiada menyebut yang dia menyokong sesiapa selain daripada lagu suaminya itu. Jadi, jangan terlalu melalut, banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk menegur. Doakan yang baik-baik sahaja. –utaranews.com

One thought on “Isteri Datuk Terlajak Laris Patut Nasihat Sajat.. – Netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *