‘Jangan Panggil Saya BIMBO..’ – Syarifah Sakinah

Jika anda pernah pengikuti drama komedi ‘Girlfriend Aku Dari Neraka’ pasti anda tidak akan dapat melupakan kegilaan dan kelucuan watak Lidya yang dilakonkan oleh Sharifah Sakinah.

Keupayaan Sharifah Sakinah dalam membawakan watak wanita ‘bimbo’ bernama Lidya boleh dikatakan 100% berjaya sehinggakan peminat mula menganggap Sakinah benar-benar seorang ‘bimbo’.

Meskipun, perwatakkan sebenar Sakinah boleh dikatakan sebagai ‘gila-gila’ tetapi dia tidaklah segila Lidya dan melakukan seperti itu atas permintaan pengarah drama itu iaitu Dira Abu Zahar.

Jadi, Sakinah menegaskan yang dia tidak suka jika ada peminat memanggilnya ‘bimbo’ kerana dia bukan seperti itu. Malah, disebabkan tidak suka dipanggil seperti itu, Sakinah sudah tidak mahu membawa watak seperti itu lagi.

Ala, janganlah sampai tidak mahu bawa watak seperti itu lagi mungkin peminat panggil Sakinah dengan panggilan seperti itu kerana masih tidak boleh lupakan watak Lidya yang dibawanya dalam drama itu.

Tetapi, tidak boleh salahkan peminat juga, disebabkan Sakinah kerap membawa watak wanita ‘bimbo’, jadi, imej seperti itu seperti sudah sebati dengan Sakinah tetapi ia tidak bermakna peminat benar-benar menganggap Sakinah ‘bimbo’.

Lagi pula, tiada pelakon lain yang mampu potretkan watak ‘bimbo’ dengan cara bersahaja seperti Sakinah. Lepas ini, Sakinah boleh cuba bawa watak lain pula jadi, perspektif peminat terhadap Sakinah juga boleh berubah dan mereka boleh sedar yang Sakinah bukan ‘bimbo’ seperti yang mereka sangkakan. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *