Jangan terpedaya rawatan resdung guna asap atau habuk kayu

Resdung adalah masalah yang dialami oleh hampir semua orang, resdung ini ialah radang pada rongga sinus di dalam tulang muka yang bersambung dengan hidung. Jika saluran sinus tersumbat ia akan menyebabkan kuman membiak dan boleh menyebabkan kesihatan terjejas.

Setiap orang yang mengalami masalah resdung yang teruk perlu pendapat rawatan resdung dengan segera. Tapi, rawatan resdung apa yang sesuai sebenarnya boleh dilakukan?

Pasti ramai yang pernah mendengar tentang rawatan resdung seperti guna asap atau habuk kayu. Sebenarnya anda jangan mudah terpedaya dengan rawatan resdung seperti ini. Rawatan resdung seperti ini tidak betul, mengapa dikatakan tidak betul boleh ikuti perkongsian dari Root Of Science ini tentang rawatan resdung.

Jika ditanya siapa yang pernah melakukan rawatan resdung seperti membakar segulung kertas atau kain dan di halakan muncung kertas di bahagian hidung, pastinya ramai yang pernah melukakan rawatan ini kan?

1. Menyedut habuk ataupun asap untuk merawat resdung

Kaedah ini dilakukan pada pesakit di mana pesakit perlu sedut asap atau habuk. Apabila pesakit menyedut asap itu, tidak lama selepas itu pesakit akan mula mengeluarkan hingus yang banyak.

Hingus yang keluar itu akan dikatakan oleh perawat resdung sebagai resdung yang teperangkap dalam rongga hidung. Sebenarnya hingus yang keluar itu bukan resdung yang teperangkap dalam rongga muka. Sebaliknya, ia hanya cecair yang terhasil akibat tindak balas lapisan hidung kepada bendasing yang disedut.

Tanpa pesakit sedar rawatan menghidu asap ini sebenarnya boleh merosakkan paru-paru seperti penghisap rokok. Manakala, menghidu serbuk kayu pula boleh menyebabkan serbuk kayu tertinggal di dalam saluran hidung dan menyebabkan keradangan.

2. Menggunakan kertas yang digulung dan dibakar untuk menyedut resdung.

Kaedah ini sudah ramai orang yang lakukan, kertas yang digulung ini juga dijual dengan harga yang agak murah di beberapa kedai runcit. Ramai yang melakukan kaedah ini di rumah.

Kertas yang berwarna putih dan digeselkan lilin pada bahagian atasnya akan dibakar. Apabila api sudah dibakar corong di hujung akan mengeluarkan asap dan ditalakan di bahagian muka dan akan terdapat beberapa ketulan di bahagian muka dikatakan sebagai resdung.

Tetapi, ketulan yang dikatakan resdung itu sebenarnya hanya lilin yang telah mencair daripada kertas dan ia jatuh ke bawah. Kaedah ini dilakukan sekali lagi tetapi muncung dihalakan pada simen dan besi, kedua-duanya menunjukkan keputusan yang sama. Ketulan yang sama terdapat di muka juga terdapat pada simen dan besi yang dihalakan itu.

Kesimpulannya, orang ramai jangan mudah tertipu dengan produk kesihatan yang dijual di pasaran dan mendakwa produk yang dijual mampu menyembuhkan penyakit. Dapatkan nasihat doktor dan pakar secara lebih lanjut sebelum penyakit anda itu semakin melarat.

Jika pesakit resdung berjumpa doktor atau pakar ia bukan bermakna anda perlu menjalani pembedahan. Setiap rawatan itu bergantung kepada kategori dan tahap pesakit. Jika pesakit resdung tahap kronik barulah perlu membuat pembedahan.

Sebabkan nak sihat dari resdung, tak pasal-pasal anda mendapat penyakit rosak paru-paru disebabkan selalu menyedut asap atau habuk kayu ketika rawatan resdung itu. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *