Jus delima dan batang pisang berkesan hancurkan batu karang

Dari sehari ke sehari jumlah pesakit yang menghidap penyakit batu karang semakin meningkat di negara ini. Tahukah anda, ginjal adalah salah satu organ dalam badan yang mempunyai pekerjaan yang paling berat. Tugasnya adalah menapis makanan terutamanya mencegah radikal bebas dan racun yang terdapat dalam badan manusia.

Anda harus minum air putih yang secukupnya untuk memastikan ginjal berada dalam keadaan yang baik. Ginjal akan mulakan operasinya untuk melarutkan racun semasa anda meminum air putih. Selain daripada itu, terdapat juga cara lain untuk merawat masalah batu karang tanpa harus menjalankan pembedahan di hospital.

Bahan-Bahannya adalah;

1. Cuka Apple

Cuka apple sangat terkenal sebagai ubat yang dapat menyembuhkan masalah batu karang. Asid citric yang terdapat di dalamnya akan membantu untuk melarutkan batu karang.

2. Baking Soda

Asid yang terdapat dalam baking soda ini akan membantu meneutralkan kembali asid yang yang terdapat dalam batu karang dan mengecilkan ukurannya. Campurkan 1/2 sudu teh baking soda dengan segelas air dan minumlah setiap hari untuk memecahkan batu karang tersebut.

3. Jus Lemon dan Minyak Zaitun

Minyak zaitun berfungsi sebagai bahan pelincir yang dapat menghilangkan batu karang dan memastikan ginjal anda berfungsi dengan lancar.

4. Teh Biji Tembikai

Biji tembikai bertindak sebagai julap yang akan mencuci dan memecahkan batu yang terdapat di dalam ginjal. Caranya adalah dengan merebus biji tembikai kedalam 1 liter air, tapis dan minum bersama madu.

5. Delima

Sifat astrigen yang terdapat dalam jus delima akan membantu ginjal melindungi asid urik yang terkandung di dalamnya. Ia juga dapat mencegah penghasilan batu karang.

6. Batang Pokok Pisang

Selain daripada lima bahan diatas, batang pokok pisang merupakan medium paling efektif di dalam menghilangkan batu karang. Ianya bersifat diuretik yang menghancurkan batu karang secara semula jadi. Caranya ialah dengan merebus batang pisang sehingga mendidih dan diminum apabila suam. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *