Kaka Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin Muda

Kaka Azraff mengakui yang dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Mr. N tetapi memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu kerana mereka berdua masih lagi dalam proses untuk mengenal hati budi.

Namun, menerusi sebuah akhbar tempatan Kaka mengatakan yang lelaki itu adalah insan istimewa dalam hidupnya dan mereka berdua sebenarnya telah berkawan sejak dua tahun lalu lagi. Tetapi, Kaka lebih selesa untuk menganggap Mr. N itu sebagai kawan.

Malah, Kaka memilih untuk tidak mengeluarkan komen berlebihan mengenai perkara itu kerana ia masih tidak jelas. Betul juga tindakan Kaka itu, bukan apa, rasanya dah terlalu ramai artis-artis yang umumkan hubungan cinta mereka kononnya bakal berkahwin tetapi sampai ke sudah tiada apa-apa.

Selain itu, Kaka juga akui yang meksipun ramai kawan-kawannya telah berkahwin dan usianya pula telah mencecah 28 tahun tetapi dia tidak mahu terburu-buru untuk berkahwin.

Ala, Kaka 28 tahun itu masih boleh dikatogerikan sebagai muda lagi, lagi pula belum sampai seru untuk Kaka berkahwin lagi, tambahan pula, benda baik ini memang ambil masa yang lambat untuk sampai tapi kalau dah tertulis tiada siapa boleh nafikan.

Kahwin cepat atau lambat semua itu urusan Allah SWT, sebagai peminat dan netizen yang prihatin kita doakan sahaja yang terbaik untuk Kaka –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *