Kalau Macam Ni, Ramai Lagi Rakyat Malaysia Senasib Dengan Safiq Rahim

Baru-baru ini, kecoh dengan isu kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemain pasaukan Kedah sejurus selepas memenangi Piala Malaysia 2017 pada hari sabtu lalu.

Dan, kini seorang pendakwah terkenal, Ustaz Syafiq Mohd Rasyiq pula mengatakan yang pemain tengah JDT itu sepatutnya dikenakan hukuman Qazaf atau Ta’zir mengikut Islam kerana mengeluarkan kata-kata kesat berbaur fitnah seperti itu adalah satu kesalahan yang berat.

Ini kerana, setiap perkataan yang dilemparkan Safiq pada malam itu membawa pelbagai maksud dan pertuduhan tanpa sebarang bukti yang sememangnya layak dikenakan hukuman dari segi Islam supaya orang lain tidak berani untuk mengulangi kesilapan yang sama seperti itu lagi.

Yang menjadi persoalannya kini adalah jika benar-benar Safiq perlu didenda kerana mengeluarkan kata-kata kesat, pasti ramai orang Malaysia juga turut perlu didenda kerana perkataan makian seperti itu umpama kata-kata ruji bagi orang Malaysia terutama sekali golongan muda.

Tapi mungkin juga, disebabkan kata-kata makian Safiq itu berjaya dirakamkan dan telah pun menjadi viral jadi dia mungkin perlu dihukum dan netizen yang sering mencarut ini terselamat kerana tiada video untuk dijadikan bukti.

Namun, apa pun, ia bergantung kepada niat atau maksud Safiq sama ada dia benar-benar berniat ingin mengeluarkan kata-kata kesat itu atau dia melakukan itu ketika di dalam keadaan marah.

Sebelum membuat satu kesimpulan, Shafiq mungkin perlu memberikan penjelasan mengenai kelakuannya pada malam itu supaya isu ini boleh diselesaikan dengan cara baik dan tidak menjadi bertambah besar sehingga boleh mencalarkan imej Safiq sebagai pemain bola sepak negara. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *