Kanak-kanak Rohingya dikerah kerja lebih masa jadi buruh paksa dan didera

COX’S BAZAR – Organi­sasi Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) mendapati ramai kanak-kanak pelarian Rohingya dari Myanmar menjadi buruh paksa dan dikerah bekerja lebih masa untuk mendapatkan bayaran di Bangladesh, dengan kebanyakan mereka turut berdepan serangan seksual dan penderaan fizikal yang dahsyat.

Hasil temu bual Reuters de­ngan tujuh keluarga di kem pela­rian yang menghantar anak mereka bekerja mendapati, kesemua kanak-kanak tersebut berdepan wak­tu bekerja yang sangat lama, upah rendah serta penderaan.

Seorang kanak-kanak lelaki Rohingya, Muhammad Zubair, 12, berkata, dia ditawarkan 250 taka (RM12.40) sehari tetapi berakhir dengan hanya memperoleh 500 taka (RM24.75) selama 38 hari me­lakukan kerja membina jalan raya.

“Saya melakukan kerja berat, meletakkan batu bata di jalan raya. Selepas saya tidak dibayar, saya melarikan diri dan kini saya amat takut jika majikan saya datang ke sini dan memaksa saya untuk bekerja lagi,” katanya.

Hasil siasatan oleh IOM terhadap eksploitasi dan pemerdaga­ngan di kem pelarian Bangladesh yang dikaji semula oleh Reuters secara eksklusif, turut mendokumenkan kes gadis Rohingya yang dipaksa berkahwin pada 11 usia tahun.

Sumber – utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *