Kejadian tembakan di kawasan pelancong Maghribi, seorang maut 2 cedera

RABAT: Seorang lelaki mati dan dua lagi cedera dalam kejadian tembakan di kawasan pelancong, Marakesh, kata pihak berkuasa Maghribi.

Dua penyerang bertopeng menembak mangsa dalam sebuah kafe di kawasan bandar yang juga destinasi pelancongan terkenal kepada pelancong luar.

Mangsa yang ditembak di kepala, meninggal dunia serta-merta.

Menurut pihak berkuasa, dua penyerang itu turut mencederakan dua yang lain sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Siasatan awal mendapati mangsa yang dibunuh adalah sasaran utama penyerang terbabit. – AFP

Sumber – bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *