Kelibat Hidung Mancung Haida Dipersoalkan

Kehebatan vokal peserta-peserta program Gegar Vaganza 4 (GV4) memang tidak dapat dinafikan tersangatlah hebat dan mengimbau kenangan lalu apabila ia menampilkan beberapa artis yang sudah lama tidak muncul dalam industri.

Namun, disebalik kehebatan penampilan peserta-peserta itu setiap minggu di konsert GV4, sebuah portal akhbar tempatan telah menyuarakan yang penampilan salah seorang peserta GV4 tersangat menyerlah berbanding peserta lain.

Bukan sahaja disebabkan oleh vokalnya yang mantap tetapi juga disebabkan oleh penampilannya yang agak berbeza dengan penampilannya suatu ketika dahulu. Ini kerana, menurut portal itu, Haida seperti telah melakukan sesuatu pada hidungnya supaya kelihatan sedikit tinggi.

Eh, betul ke? Katanya lagi, mungkin itu juga menjawab punca mengapa suara Haida kedengaran sedikit sengau ketika menyanyi sehingga ditegur Datuk Ramli MS. Oh, baru tahu suara akan bertukar jika kita lakukan sesuatu pada hidung.

Tak akan lah sampai macam itu sekali, rasanya ramai saja artis kita yang betulkan hidung, yang muka dahulu dengan sekaran berbeza tetapi tiada pula timbul cerita betulkan muka.  Mungkin itu hanyalah ‘effect’ solekan, zaman sekarang ini kan ada macam-macam teknik solekan.

Tapi, kalau betul sekali pun, cantik saja hidung Hadia itu, tidak buruk pun. Boleh dikatakan, penampilan Haida di pentas GV boleh dikatakan stailista gitu.

Malah wajahnya juga kelihatan berseri-seri, mungkin disebabkan faktor kematangan. Yelah, rupa paras sesiapa sahaja akan berubah seiring dengan usia mereka. Apapun, persembahan Haida di setiap minggu pentas GV4 tetap menyengat dan lebih mantap dari penyanyi baru yang tidak sengau. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *