Kelopak Mata Kekuningan Petanda Awal Serangan Jantung

Cuba perhatikan kelopak mata anda, ada berwarna kekuningan tak? Jika ada segeralah ke hospital untuk periksa jantung anda. Ini adalah petanda xanthelasma yang merupakan terdapatnya lemak di bawah kulit di sekitar mata anda. Ini biasanya berkaitan dengan penyakit jantung.

Pertumbuhan kuning disekitar kelopak mata ini terhasil daripada jumlah kolestrol yang tinggi dalam badan. Kajian mendapati lelaki yang menghidap xanthelasma mempunyai risiko serangan sakit jantung lebih tinggi. Manakala peratusan wanita pula sangat rendah.

Menurut hasil penyelidikan, Xanthelasma dapat meningkatkan serangan jantung, aterosklerosis berat, penyakit jantung dan punca kematian. Hal ini tidak termasuk faktor lain seperti merokok, kolestrol tinggi, obesiti dan tekanan darah tinggi.

Jika anda ingin mengurangkan pertumbuhan kuning disekitar kelopak mata, anda harus menurunkan kadar kolestrol dalam badan dan menjaga pemakanan. Makan makanan yang sihat, kekalkan berat badan yang sihat, banyakkan makan makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran dan buah-buahan dan kurangkan makan daging merah ataupun produk tenusu.

Selain daripada itu, faktor gaya hidup juga perlu diberi perhatian elakkan daripada meminum minuman beralkohol, berhenti merokok dan perbanyakkan aktiviti sihat seperti senaman ringan. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *