Kerajaan DAP mengaku gagal hapuskan kilang haram di P.Pinang

EXCO Kerajaan Tempatan, Tebatan Banjir dan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow memberi alasan tiada kuasa untuk melakukan tindakan meroboh atau memberhentikan operasi kilang pemprosesan habuk kayu haram di Sungai Lembu, Penanti.

Beliau mendakwa tiada peruntukan sedemikian dinyatakan secara jelas dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS).

Menurutnya, Seksyen 38 AKAS hanya memperuntukkan kuasa untuk masuk premis tanpa waran bagi tujuan menyiasat, memeriksa, menyita atau menahan apa-apa kelengkapan, komputer atau loji perindustrian yang mengakibatkan berlakunya pencemaran.

“Dalam isu kilang haram, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengguna pakai Seksyen 38 AKAS untuk menghentikan penggunaan peralatan atau kelengkapan proses melepaskan pencemar yang tidak dipasang peralatan kawalan pencemaran sewajarnya.

“Bagaimanapun, kilang haram di Sungai Lembu sudah pun berhenti operasi, selain struktur lain diberi kelonggaran untuk proses pemutihan,” katanya.

Kerajaan negeri sepatutnya mementingkan kepentingan rakyat. Sewajarnya kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaaan bagi menghalang kilang-kilang haram beroperasi.

Rakyat bergantung harap kepada kerajaan negeri untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan mereka, bukannya mengharapkan alasan-alasan yang tidak munasabah yang diberikan oleh kerajaan negeri ini.

Jika begini keadaannya apa gunanya rakyat Pulau Pinang mengekalkan DAP untuk menjaga pentadbiran negeri. Mungkin pilihan raya umum akan datang peluang harus diberikan kepada kerajaan baru pula yang mampu menutup kilang-kilang haram. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *