Kerajaan DAP Negeri didakwa lembap uruskan situasi banjir

Timbalan Pengarah Khidmat Malaysia yang juga AJK PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim mengecam Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang gagal dan lembap menguruskan situasi banjir dengan baik.

Katanya, kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak menghulurkan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir membersihkan rumah mereka yang ditenggelami akibat banjir besar baru-baru ini.

“Lumpur pula agak tebal. Di luar kemampuan mangsa untuk menguruskan sendiri operasi pembersihan disebabkan ketiadaan peralatan seperti water jet,” ujarnya.

“Tak ada sebarang agensi kerajaan yang mari tanya khabar untuk bantu kami.” Inilah antara keluhan mereka.

“Bukan kerja kita nak memanaskan lagi suasana. Kerana itu Khidmat Malaysia telah membuat kerahan mobilisasi ke seluruh negara agar petugas Khidmat Malaysia negeri-negeri menghantar segera tenaga bantu dan peralatan segera bagi operasi pembersihan dan pemulihan,” katanya.

Tindakan kerajaan negeri yang lembap ini menunjukkan mereka seolah-olah melepaskan tangan tanpa mempedulikan nasib rakyat yang memerlukan bantuan daripada mereka.

Jika ini pun DAP Pulau Pinang tidak mampu membantu rakyat yang ketika mengalami kesusahan, bagaimana mereka bermimpi-mimpi untuk mentadbir negara? – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *