Kerajaan DAP Pulau Pinang akan iktiraf golongan LGBT?

Malaysia sebuah negara Islam yang sememangnya menentang keras dan tidak mengiktiraf kaum LGBT merujuk kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender untuk mendominasi negara. Homoseksualiti ini sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam.

Maka dengan ini, gerakan kumpulan LGBT dianggap sebagai musuh Islam. Menentang LGBT itu sememangnya perlu dan satu kefarduan. Ini jelas apabila gesaan-gesaan LGBT untuk menuntut hak kebebasan merobohkan sistem kekeluargaan dalam Islam.

Namun Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pemerintahan DAP cuba mengiktirafkan golongan LGBT? Adakah DAP Pulau Pinang sengaja mahu cari nahas dan meminta bala turun di negeri itu lagi selepas berlakunya banjir besar dan tanah runtuh baru-baru ini?

Negeri Pulau Pinang boleh menerajui isu pengiktirafan hak asasi komuniti transgender, dakwa Bendahari Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang Cheah Kah Peng.

“Pulau Pinang boleh menjadi peneraju dalam hal ini dengan mengiktiraf hak-hak masyarakat transgender,” kata Kah Peng yang juga merupakan ADUN kawasan Kebun Bunga

Berdasar sumber, Pengerusi Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu mendakwa bahawa terdapat beberapa cadangan dikemukakan daripada simposium transgender berkaitan hak-hak transgender yang mahu dihantar secara rasmi ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Kami berdebat mengenai perkara ini di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Dewan mahu kami menghantarnya kepada Jawatankuasa Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.”

Menurutnya, keputusan penemuan yang diperoleh daripada simposium transgender adalah mengenai akses golongan tersebut kepada kemudahan perubatan, tandas awam berasingan bagi transgender dan juga isu dengan pegawai penguat kuasa seperti polis.

Mungkin ramai yang tidak tahu Kerajaan DAP Pulau Pinang menubuhkan satu Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang pada tahun 2014 untuk menjaga kebajikan persatuan-persatuan ini. Nampaknya Kerajaan DAP sememangnya sengaja cari bala.

Jika begini cara Kerajaan DAP cuba menunjukkan hak samarata, mungkin selepas ini akan banyak bala lagi akan turun di Pulau Pinang.

Sudah jelas dan diketahui bahawa Malaysia sememangnya menentang keras terhadap golongan LGBT. Jangan salahkan Kerajaan Pusat jika berlaku negeri Pulau Pinang dilanda bala lebih teruk lagi selepas ini. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *