Kerajaan Poland galakkan rakyat lahirkan anak dan ‘membiak seperti arnab’

WARSAW – POLAND. Kerajaan negara Poland yang mempunyai kadar kelahiran paling rendah di Eropah menggalakkan rakyatnya melahirkan anak dan ‘membiak seperti arnab’.

Menurut laporan The Guardian, Kementerian Kesihatan Poland mengeluarkan satu video pendek ‘yang memuji cara arnab membiak’.

Video tersebut menunjukkan arnab mengunyah salad dan lobak sambil pencerita (narrator) mendedahkan rahsia ‘keluarga besar arnab’.

Dalam babak lain, sepasang kekasih berlakon mengadakan piknik romantik.

Penonton kemudian diberikan mesej ‘jika anda mahukan keluarga, ikut contoh arnab’.

‘Usaha’ tersebut adalah satu langkah terbaru dari kerajaan konservatif Poland yang majoritinya beragama Kristian Katolik.

Data dari Kesatuan Eropah (EU) menunjukkan kadar kelahiran di Poland adalah 1.32 untuk seorang wanita pada 2015.

Kadar kelahiran di Sepanyol dan Greece juga menghampiri kadar kelahiran yang rendah seperti Poland.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *