Kerana tak puas hati kuantiti makanan, peniaga disimbah sup panas

Hanya kerana tidak berpuas hati menerima kuantiti makanan yang dibeli sedikit, seorang pelanggan telah bertindak kejam menyimbah peniaga mee sup dengan sup panas.

Kejadian yang berlaku di Thailand itu telah berjaya dirakam CCTV dan telah tular di laman sosial. Seorang pelanggan telah memesan mee sup besar, tetapi apabila menerima mee sup yang sedikit pelanggan itu marah dan menyimbah peniaga kedai makan itu dengan mee sup yang panas.

Peniaga yang dikenali sebagai Kham Loongtah, 26 mengalami cedera melecur teruk di leher dan dada akibat perbuatan pelanggan itu. Menurut Kham, dia memberikan pelanggan itu plastik beg mee sup paling besar yang ada di kedainya.

Tetapi, pelanggan itu merasakan plastik beg mee sup itu terlalu kecil dan membaling mee sup panas itu kepada peniaga terbabit. Walaupun melihat peniaga terbabit dalam keadaan kesakitan setelah disimbah mee sup panas itu.

Pelanggan itu hanya berlagak sombong tanpa rasa bersalah dan memohon maaf pada Kham. Berdasarkan dari gambar yang dikongsikan tentang kecederaan luka melecur yang dialami Kham, ia kelihatan agak mengerikan.

Selepas kejadian itu, teman lelaki wanita itu dikatakan telah tampil untuk memohon maaf kepada Kham dan menawarkan untuk membayar bil hospital. Tetapi, Kham telah menolak tawaran pasangan itu untuk membayar bil hospitalnya.

Namun, pasangan itu tetap berkeras untuk membayar bil hospital Kham. Walaupun pasangan itu telah membayar bil hospital, Kham tetap membuat laporan polis dan berharap pelanggan itu dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak polis.

Kenyataan tentang ‘the customer is always right’ ini nampaknya dah tak boleh digunakan pakai. Pelanggan ini tidak sentiasa betul ada juga antara pelanggan yang masih tidak berpuas hati walaupun diberikan perkhidmatan atau layanan yang baik oleh peniaga.

Pelanggan seperti ini memang patut merasa meringkuk dalam penjara. Hidup ini jangan jadi terlalu sombong dan bangga diri. Perkara boleh dibincang elok-elok, tak perlu nak simbah dengan sup panas. Kalau nak makanan yang banyak boleh rasanya beli dua bungkus makanan yang korang nak tu, balik rumah makan puas-puas. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *