Ketam Bulu Dari Taiwan Jadi Punca Penyakit Kanser

Menurut laporan China Morning Post pada 16 Oktober lalu, Pusat Keselamatan Makanan di Hong Kong telah mendapati terdapat bahan kimia yang berpotensi menyebabkan kematian pada ketam berbulu yang diimport dari Taiwan,

Hal ini berlaku selepas sejumlah besar bahan kimia yang sama telah dijumpai pada ketam dari wilayah Jiangsu pada November 2016. Pihak berkuasa juga telah mengharamkan eksport daripada mereka selepas kejadian dan yang memaksa pembekal-pembekal Hong Kong untuk beralih kepada sumber lain seperti dari Taiwan dan Jepun.

Dalam ujian yang telah dijalankan baru-baru ini, satu daripada 12 ketam yang diambil dari Taoyuan telah mengandungi bakteria biphenyls polychlorinated dioxin dan dioksin yang tinggi. Walaupun bahan kimia ini terjadi secara semula jadi, pendedahan yang berlebihan boleh menyebabkan kanser dan merosakkan sistem pembiakan dan sistem imun dalam tubuh.

Walau bagaimana pun 11 sampel lain, yang berasal dari Hokkaido di Jepun, Taichung di Taiwan dan Tanah Besar China didapati selamat. Akan tetapi ketam dari tanah besar, China itu berpotensi untuk melanggar larangan eksport.

Menurut seorang penjual daripada Hong Kong, ketam dari Lake Tai dan Yangcheng di wilayah Jiangsu mempunyai rasa yang paling sedap dan mempunyai permintaan yang paling tinggi. Manakala, kualiti ketam dari Taiwan pula sangat tidak konsisten dan kurang dapat permintaan daripada orang-orang Jepun. Ketam mereka juga lebih mahal daripada ketam tanah besar.

Walaupun begitu, ketam berbulu yang tidak diuji tidak akan sampai ke pasaran, ini merupakan satu lagi tamparan hebat kepada pembekal dan restoran-restoran di Hong Kong. Akibatnya, banyak restoran tempatan yang membuang menu ketam ini pada musim kemuncak yang berlangsung dari akhir September hingga pertengahan November. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *