Lagu Siti Nordiana Meletup Di YouTube Dengan 6 Juta Views

Lagu ‘Terus Mencintai’ nyanyian Siti Nurdiana telah berjaya mendapat lebih daripada 6.7 juta tontonan di YouTube dan itu adalah satu pencapaian terhebat untuk Siti Nurdiana selepas kemunculan semulanya di dalam industri selepas menjadi juara dalam rancangan Gegar Vaganza 2.

Malah, lagu hasil ciptaan Nana sepenuhnya itu bukan sahaja telah ditonton berjuta-juta orang di YouTube, tetapi ia juga telah mendominasi carta dan menjadi lagu yang paling banyak didengari sepanjang minggu di aplikasi di Raku.my.

Namun, tiada siapa ketahui kisah disebalik lagu ‘Terus Mencintai’ yang ternyata menyimpan seribu satu rahsia di dalamnya. Ini kerana, lagu melodi dan liriknya yang telah mula dibuat sejak tahun lepas lagi itu sebenarnya adalah berdasarkan kisah cinta Siti Nurdiana sendiri.

Memang tidak dapat diragui lagi lah mengapa lagu ‘Terus Mencintai’ itu berjaya menarik perhatian dan sekaligus menerima reaksi positif dari netizen dan bukan dari netizen dari Malaysia sahaja tetapi juga netizen di Indonesia. Waaah~

Mungkin disebabkan lagu itu adalah berdasarkan kisah yang benar jadi sebab itu netizen di dua-dua negara boleh kaitkan kisah dari lagu itu dengan pengalaman cinta mereka sendiri sehinggakan lagu ‘Terus Mencintai’ berhantu.

Rupanya, terbukti yang selain pandai menyanyi, Siti Nurdiana juga berbakat dalam menghasilkan lagu. Apapun, tahniah diucapkan kepada Siti Nurdiana kerana lagu ciptaan pertamanya telah berjaya menambat hati ramai orang, lepas ini bolehlah keluarkan lagu baru lagi. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *