Lelaki dakwa mampu menjelma menjadi lipas

Setiap masyarakat di dunia ini mempunyai kepercayaan meraka sendiri. Masyarakat kita sendiri mempunyai kepercayaan kita sendiri. Namun begitu, kepercayaan pada perkara karut atau khurafat ini ditegah oleh syarak. Malah ia juga boleh membawa kepada syirik.

Itulah yang berlaku pada masyarakat di Ebolowa, Cameroon. Mereka mempunyai kepercayaan tahyul mereka sendiri. Kepercayaan itu telah wujud lama dahulu oleh atuk nenek mereka lagi. Antara kepercayaan mereka adalah tentang wujudnya pengamal ilmu hitam yang boleh menjelma dalam pelbagai bentuk termasuk menjelma jadi bintang.

Seoran lelaki telah dijumpai oleh orang ramai dalam keadaan badannya tersangkut pada rim lori di paras pinggang. Orang ramai masih tertanya-tanya bagaimana keadaan itu boleh berlaku pada lelaki terbabit dan bagaimana dia boleh masuk dalam rim lori itu.

Apabila disoal oleh media, lelaki itu memberikan kenyataan yang membuatkan ramai orang ketawa dan rasa tidak percaya. Dia memaklumkan bahawa dia telah menjelma jadi lipas pada malam hari.

Tetapi, pada waktu malam semasa menjelma jadi lipas dia telah tertidur di rim lori itu. Disebabkan itu apabila menjelma jadi manusia pinggangnya telah tersangkut pada rim lori itu.

“Semalam saya menjelma jadi lipas, akibat mengantuk dan penat saya tidur di dalam rim ini, pagi tadi semasa terjaga saya terus menjema jadi manusia pasal itu saya tersangkut dalam rim ini.

“Sepatutnya saya keluar dulu dari rim baru menjelma jadi manusia,” katanya.

Masyarakat Cameroon memang percaya tentang kewujudan ilmu hitam. Malah, mereka juga sering menggunakan ilmu hitam pada pasangan mereka jika didapati pasangan mereka melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain.

Terdapat kes pernah menggemparkan dunia sebelum ini seorang wanita dan seorang lelaki ‘melekat’ ketika melakukan hubungan sulit. Masyarakat itu mengatakan kejadian itu berlaku disebabkan suami wanita itu mengenakan ilmu hitam pada isteri jika melakukan hubungan sulit dengan lelaki lain alat sulit mereka akan melekat dan tidak boleh dikeluarkan.

Apapun, amalan khurafat dan sihir seperti ini dilaknat Allah kerana perbuatan syirik seperti ini telah menyeleweng dari ajaran Islam. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *