Lelaki Gemuk Dianggap Gagah Dan Jadi Idaman Wanita Suku Kaum Bodi Ethiopia

Pada zaman sekarang ni kita selalu tengok hampir kesemua lelaki berlumba-lumba inginkan badan yang sado, perut rata dan berotot tambahan dengan rupa yang kacak, pasti akan mebuat ramai wanita diluar sana tak senang duduk.

Secara tak langsung juga, ini adalah ciri-ciri lelaki idaman para wanita. Jika dibandingkan lelaki gemuk dan kurus, lelaki gemuk sangat susah untuk bertemu dengan jodoh. Malah mereka juga sering dijadikan bahan ejekan dan buli kerana bertubuh gempal.

Akan tetapi jangan terkejut pula ya, bagi lelaki di suku kaum Bodi Ethiopia gemuk dan buncit itu adalah lambang kegagahan lelaki dan menjadi idaman para wanita di sana.

Mereka adalah salah satu suku primitif Ethiopia yang tinggal di lembah Omo dengan populasi seramai 300,000 orang. Negara ini memang terkenal dengan pelbagai keunikan. Kaum lelaki disini akan berlumba-lumba untuk menjadi buncit dan gemuk untuk merebut gelaran lelaki terhebat.

Mereka percaya jika mempunyai perut yang buncit serta badan yang gemuk itu adalah pahlawan sejati dalam kehidupan. Bagi wanita di negara ini pula ia dianggap sangat seksi.

Ternyata untuk mendapatkan badan yang gemuk juga perlukan usaha yang tinggi. Selain makan, mereka sanggup minum dua mangkuk darah lembu yang di campur dengan susu lembu juga setiap hari.

Setiap 6 bulan sekali mereka akan mengadakan pertandingan perut terbuncit tetapi hanya lelaki terpilih sahaja yang boleh mengikuti pertandingan ini. Setiap keluarga perlu mewakilkan seoraang lelaki bujang untuk dipertandingkan.

Mereka juga akan diasingkan selama 6 bulan sebelum pertandingan diadakan, ini bertujuan untuk mereka lebih fokus untuk melakukan proses penggemukkan. Selama tempoh 6 bulan ini juga mereka tidak dibenarkan melakukan hubungan seks.

Nampak tak betapa berharganya lelaki gemuk di sana. Jadi kepada lelaki-lekai gemuk yang masih belum jumpa jodoh tu boleh la berpindah kesana, dah tentu anda akan menjadi kegilaan gadis-gadis suku kaum Bodi.

Gurau je..jangan marah haa. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *