Lelaki Ini Bertukar Jadi Sado Selepas Ditinggal Kekasih

Setiap daripada kita mesti pernah lalui proses ni. Ada yang boleh ‘move on’ dan ada jugak yang merasakan dunia mereka menjadi gelap gelita. Jika berlakunya sebegini, jangan buang masa meratapi apa yang sudah terjadi, sebaiknya anda bangkit dan tunjukkan kepada bekas pasangan yang anda kuat untuk mengahdapinya.

Ini adalah masa yang sesuai untuk menambahbaik kan lagi kehidupan dari yang sebelumnya dan buatkan mereka merasa menyesal kerana tinggalkan anda.

Kisah lelaki dari Thailand ini mungkin boleh membantu anda untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Lelaki ini telah ditinggalkan hanya kerana tidak mempunyai badan yang sado.

Walaupun Ken seorang lelaki yang agak berisi dan mempunyai perut yang buncit, dia berjaya memikat hati seorang perempuan cantik untuk dijadikan kekasih. Malangnya setelah beberapa tahun kemudian, teman wanitanya mula merasa bosan dan menjadikan bentuk fizikalnya sebagai alasan untuk berpisah.

Ken mendapati teman wanitanya itu telah berjumpa dengan lelaki lain sejurus selepas mereka berpisah. Sakit hati memikirkan kata-kata bekas teman wanitanya ketika itu; “Awak adalah seorang lelaki gemuk yang tidak mahu berusaha untuk kurus dan awak takkan mampu memiliki six packs!”

Ken telah berusaha dan membuktikan dia mampu berubah. Dengan hanya mengambil masa selama empat bulan sahaja, Ken telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg. Kini badannya juga sudah memiliki otot yang kekar dan membuatkan bekas kekasihnya mahu kembali semula kepadanya. Namun telah menolak untuk bersama kembali.

Ken kini bekerja sebagai seorang model dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Cerita Ken ini telah menjadi viral dan membuatkan pengikut di instagramnya meningkat serta merta. – utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *