Lelaki Malaysia mahu jual IPHONE X dengan harga RM 10’000

Baru-baru ini, syarikat Apple telah mula menjual Iphone X secara rasmi di 55 negara yang terpilih. Tetapi, agak menyedihkan bagi Malaysia apabila negara kita tidak tersenarai dalam penjualan iPhone X.

Tetapi, Singapura antara 55 negara yang tersenarai dan terpilih menjual iPhone X. Menarik perhatian orang ramai apabila peminat tegar Apple sanggup beratur panjang dan ‘berkampung’ selama beberapa hari untuk mendapatkan iPhone X di Apple Store Singapura.

Di US iPhone X telah dijual pada harga RM4,201 untuk 64GB . Manakala, di Singapura ia dijual pada harga RM5,134 untuk 64GB. Walaupun dijual pada harga yang agak tinggi, tetapi peminat tegar Apple masih sanggup beratur panjang demi mendapatkan telefon idaman mereka.

Iphone X itu pula dijangka akan dijual di Malaysia pada hujung tahun ini apabila Apple Malaysia umumkan di laman web rasmi meraka iPhone X akan dijual pada harga RM5,1499 (64GB).

Dalam ramai-ramai rakyat Singapura yang berkampung di Apple Store untuk membeli iPhone X, terdapat seorang lelaki Malaysia yang menjelajah dari Johor Bharu untuk membeli iPhone X di sana.

Lelaki Malaysia yang dikenali sebagai Herri yang ‘berkampung’ di Apple Store selama tiga telah berjaya membeli iPhone X 256 GB warna kelabu dan perak. Apabila ditanya tujuan membeli iPhone X ini, Herri berkata Iphone X ini mahu dihadiahkan pada isteri dan juga dirinya.

Tetapi, apabila disiasat oleh pengguna media sosial, Herri sebenarnya membeli iPhone X bukan untuk dirinya dan isteri. Sebaliknya,  untuk djiual semula di Malaysia dengan kadar harga 2 kali ganda dari harga asal iaitu RM10,000.

Boleh dikatakan RM10,000 satu jumlah harga yang sangat mahal untuk dihabiskan semata-mata untuk telefon bimbit. Tidak dapat dinafikan memang ramai orang yang sanggup beratus panjang membeli iPhone X di seluruh dunia ini bukan mahu membeli untuk diri sendiri. Tetapi mahu cuba mengambil kesempatan dengan menjual semula iPhone X pada harga yang lebih tinggi.

Apapun, wang ringgit sebenarnya tidak menjadi satu masalah bagi peminat tegar Apple. Mereka sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan telefon kegemaran mereka. – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *