Lim Guan Eng buli Jahara didalam Sidang Dun

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid menegaskan bahawa beliau tidak pernah menuduh kerajaan negeri memaksa mangsa banjir di negeri Pulau Mutiara itu menyertai parti pakatan pembangkang untuk layak mendapat bantuan.

ADUN Teluk Air Tawar itu menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merangkap sebagai ADUN  Air Puteh, Lim Guan Eng sangat prejudis dengan semua ahli politik Barisan Nasional (BN).

“Ketua menteri sangat prejudis dengan semua yang kami (ahli politik Barisan Nasional) kata. Dalam artikel, saya meminta kerajaan negeri menjelaskan bagaimana bantuan akan diagihkan kepada mangsa banjir.

“Saya kata “jangan sampai rakyat perlu sertai parti”. Saya tidak kata mereka lakukannya. Saya maksudkan jangan buat demikian.

“Saya hanya mahu katakan prosedur yang terbabit tidak sepatutnya menyusahkan rakyat,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media semalam di bangunan Dewan Undangan Negeri.

Jahara berkata demikian selepas Guan Eng mencabar Jahara untuk menunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri memaksa mangsa banjir menyertai parti Pakatan Harapan untuk layak mendapat bantuan.

Tindakan Guan Eng ini amat memalukan kerana membuli perempuan didalam Sidang DUN. Namun ini bukan kali pertama Ketua Menteri itu bertindak demikian.

Sebelum ini, Guan Eng pernah diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Jahara kerana menggelar beliau sebagai ‘nenek rasis’. Guan Eng juga diarah menarik balik kenyataan terhadap Jahara, selain mengeluarkan injuksi menahannya daripada mengulangi kata-kata fitnah.

Jahara memfailkan saman terhadap Guan Eng, selepas menggelarnya sebagai ‘nenek rasis’ dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Disember 2013 lalu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *