Liza Abdullah Terkilan Dituduh Kahwin Di Thailand

Khabar angin yang mengatakan pelakon berbakat Liza Abdullah telah berkahwin lain selepas dia bercerai dengan bekas suaminya bukanlah sesuatu yang baru. Malah, ada juga khabar angin mengatakan yang Liza bercerai dengan suaminya kerana inginkan pucuk muda.

Namun, biasalah dah nama pun khabar angin pasti berita seperti itu tidak benar. Tetapi, ia tidak berakhir disitu sahaja, apabila kebelakangan ini, nama Liza Abdullah kembali menjadi hangat bila dia dikatakan telah berkahwin di Thailand.

Sehinggakan kemunculan pelakon yang terkenal dengan sikap peramah itu di Anugerah Skrin 2017 baru-baru ini telah menarik perhatian wartawan. Bagimanapun, menurut sumber dari sebuah akhbar tempatan, Liza telah menafikan semua dakwaan yang menimpanya.

Malah, dia turut berasa harian dan terkilan kerana namanya telah dikaitkan dengan gosip yang tidak baik seperti itu meskipun telah mencecah usia 50 tahun.

Aish, tak patut betul. Sampai hati orang yang reka khabar angin ini, macamlah sudah tiada pelakon muda yang ingin diceritakan sampai pelakon vateren seperti Liza turut terpalit dengan kontroversi murahan seperti ini.

Tak akan lah hanya disebabkan sikap peramah yang dimiliki Liza itu membuatkan mereka terfikir cerita tidak benar seperti ini tetapi jauh betul fikirnya sampai ke Thailand.

Kalau betul pun Liza Abdullah mahu atau sudah berkahwin tiada yang salah kerana dia bujang dan itu sudah jodohnya. Dari buat dosa reka cerita baik doakan yang terbaik buat Liza Abdullah lagi bermanfaat. -utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *