Mahasiswi tikam bayi luar nikah dengan gunting

Gara-gara mahu menyembunyikan kelahiran anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan teman lelaki, seorang mahasiswi sanggup melakukan perbuatan kejam dengan menikam anak yang baru dilahirkan dengan menggunakan gunting.

Seorang mahasiswi yang dikenali sebagai Fitrianti Wibowo, 20, merupakan seorang pelajar perguruan di Indonesia cuba membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkan di rumah sewanya.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu 28 Oktober lalu telah mengemparkan penduduk setempat apabila Fitrianti dan bayinya ditemui dalam keadaan yang berlumuran darah.

Tindakan kejam itu sanggup dilakukan oleh Fitrianti kerana tidak mahu menanggung malu dan cuba untuk sembunyikan kelahiran anak luar nikah itu. Bukan sahaja bayi perempuan itu ditikam dengan gunting di bahagian tepi perut sehingga usus perut terburai.

Malah, punggung dan dada bayi perempuan itu telah dicakar oleh Fitrianti dengan kuku. Bayi itu mengalami luka-luka di bebebapa bahagian badan. Tetapi, tangisan bayi perempuan itu mula disedari oleh jiran Fitrianti dan cuba untuk menyiasat apa yang berlaku.

Jiran yang juga penjaga rumah sewa, Pujiati dan suaminya sedang tidur sebelum didatangi jiran sebelah rumah memaklumkan terdengar bunyi bising di rumah Fitrianti dan meminta mereka menyiasat.

Pujiati dan suami segera pergi ke rumah Fitrianti dan memeriksa rumah tersebut sebelum terkejut melihat bayi perempuan yang baru dilahirkan cedera parah di depan pintu bilik mandi.

Pasangan suami isteri ini segera membawa Fitrianti dan bayinya ke hospital untuk mendapat pemeriksaan lanjut. Bayi perempuan yang mengalami cedera parah kini dirawat di hospital.

Namun begitu, menurut laporan nyawa bayi perempuan itu dimaklumkan tidak dapat diselamatkan berikutan mengalami kecederaan parah ditikam dengan gunting oleh ibunya.

Berita ini menggemparkan penduduk dan menyifatkan perkara yang menimpa bayi prempuan itu adalah menyedihkan. Bayi yang tidak bersalah menjadi mangsa hanya kerana mahu menutup malu melahirkan anak luar nikah.

Sebagai umat Islam, janganlah kita sesekali mendekati zina. Disebabkan perbuatan zina ini anak-anak yang tidak bersalah dilahirkan sebagai anak luar nikah. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *