Mahathir dan Muhyiddin hanya sumbangkan RM200 pada mangsa banjir?

Hampir keseluruhan kawasan di negeri Pulau Pinang terjejas akibat dilanda banjir besar minggu lalu. Kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri Pulau Mutiara ini juga telah meragut tujuh nyawa.

Susulan itu pelbagai bantuan dan sumbangan disalurkan kepada negeri yang di bawah pemerintahan DAP itu. Meskipun Kerajaan Persekutuan dituduh tidak pernah bantu Pulau Pinang, namun Kerajaan Persekutuan tetap menghulurkan bantuan sebanyak RM150 juta.

Manakala, Kerajaan Negeri Perak pula membantu sebanyak RM100,000,00. Kerajaan Kelantan di bawah pemerintahan PAS yang sebelum ini didakwa gagal menguruskan negeri ekoran berlakunya banjir, memberi sumbangan sebanyak RM50,000.

Sementara itu, Kerajaan Selangor memberi sumbangan sebanyak RM1 juta. Namun Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad pula tiada sebarang sumbangan meskipun datang melawat mangsa banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.

Kedatangannya hanya untuk bergambar dengan mangsa-mangsa banjir dan sekadar untuk menunjuk muka sahaja. Tidak menghairankanlah apabila sekumpulan mangsa banjir menyifatkan kedatangan Mahathir tidak ikhlas.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dikatakan hanya memberikan sumbangan sebanyak RM200 kepada sebuah keluarga mangsa banjir. Itupun dikatakan hanya untuk mengambi video.

Baru-baru ini, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao menggesa Mahathir menyumbangkan sebahagian daripada kekayaan ahli keluarganya untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Keluarga Mahathir diketahui umum kaya boleh menyumbangkan kira-kira 10 peratus daripada harta dan aset yang mereka ada untuk membantu mereka yang terjejas.

“Sudah pasti amat mudah untuk anak-beranak Mahathir memperuntukkan sedikit daripada wang mereka untuk mangsa banjir dan Mahathir perlu menjadi yang pertama memberikan sumbangan.

“Malah kekayaan keluarga Mahathir boleh digunakan sedikit untuk membantu mengatasi masalah banjir di Pulau Pinang,” katanya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *