Majikan larang pakai tudung boleh dikenakan tindakan

Isu tentang wanita Islam bertudung tidak dibenarkan berkerja di bahagian perkhidmatan pelanggan atau ‘frontdesk’ adalah satu isu yang cukup hangat dibincangkan oleh masyarakat Malaysia. Sedikit sebanyak perkara seperti ini dilihat sebagai satu diskriminasi kepada umat Islam.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra) Azril Mohd Amin, berkata majikan yang melanggar Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan jika gagal mematuhi syarat berkenaan terhadap wanita Islam yang dinafikan hak kebebasan beragama iaitu memakai tudung di tempat kerja.

Mana-mana majikan yang dikatakan melarang wanita pakai tudung atau meminta wanita Islam menanggalkan tudung boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Walaupun kita mengetahui majikan bebas untuk mengenakan kod pemakaian pada pekerjanya. Tetapi, itu tidak bermakna majikan boleh sewenang-wenangnya memperlakukan perkara sebegitu pada pekerja Islam terutamanya di Malaysia yang mana agama Islam adalah agama persekutuan.

“Malah, pemakaian pakaian berbentuk keagamaan jika atas sebab keselamatan atau kesukaran melaksanakan tugas mestilah dalam keadaan perlu saja iaitu jika pakaian agama itu menghalang pemeriksaan keselamatan, kepentingan dan ketenteraman awam, dan pemakaian tudung tentunya jelas tidak jatuh dalam mana-mana kategori itu.

“Justeru, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mesti mengambil tindakan segera mengubah dasar diamalkan sesetengah hotel di negara ini yang melarang wanita bertudung daripada bekerja di barisan hadapan,” katanya.

Perkara ini mula berbangkit apabila Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (Uni-MLC) telah menerima aduan pekerja wanita yang bertudung diarahkan menanggalkan tudung mereka.

Diharapa majikan yang melakukan diskriminasi terhadap pekerja wanita bertudung dikenakan tindakan undang-undang. Agar perkara ini dijadikan sebagai peringatan supaya teidak mengamalkan sikap diskriminasi pada umat Islam.

Walaupun ia sebahagian daripada dasar antarabangsa dan setiap hotel mempunyai SOP masing-masing, tidak bermakna majikan boleh sesuka hati melakukan SOP diskriminasi seperti ini. Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan agama, sepatutnya semua pihak menghormati setiap pegangan agama individu itu. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *