Makan Bersendirian Boleh Menyebabkan Kegemukkan

Percaya tak fakta menyatakan makan bersendirian mampu membuatkan seseorang itu mati cepat. Satu penyelidikan yang dibuat oleh sekumpulan pekerja di Universiti Dongguk, Seoul yang terletak di Korea Selatan, menunjukkan bahawa orang dewasa yang makan bersendirian lebih berisiko untuk terkena sindrom metabolik ataupun tekanan darah tinggi, kolesterol dan diabetis.

Menurut kajian mereka mendapati seorang lelaki dewasa yang makan bersendirian lebih berisiko tinggi untuk mendapat masalah kesihatan. Ini juga disebabkan oleh kebiasaan mereka merokok selepas makan, umur, minum minuman beralkohol dan juga jenis pekerjaan.

Hakikatnya, dengan 45% peningkatan risiko obesiti dan 64% peningkatan sindrom metabolik, lelaki dua kali ganda lebih mudah jatuh sakit daripada wanita yang makan sendirian. Hal ini kerana wanita hanya memiliki peningkatan hormon metabolik sebanyak 29% sahaja berbanding lelaki.

Penyelidikan ini telah dicetak didalam sebuah jurnal yang bertajuk Obesity Research and Clinical Practice. Pada hari ini kajian tersebut adalah sebahagian daripada pembelajaran yang mengaitkan tentang hubungan antara kesepian ataupun masalah gangguan mental serta masalah kesihatan.

Kesimpulannya disini, jika anda seorang lelaki, masih bujang, dan sering makan bersendirian..cepat-cepatlah pergi cari pasangan atau peneman supaya anda tidak cepat terkena penyakit. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *