Makhluk penghisap darah jadi punca anak tak berhenti menangis

Semua ibubapa tak sanggup melihat anak-anak dalam keadaan kesakitan. Ibubapa akan berusaha sebaik mungkin untuk melakukan yang terbaik untuk anak-anak. Ibu mana yang sanggup melihat anak menangis siang dan malam, tetapi tidak mengetahui sakit apa yang dihidapi oleh anaknya.

Seorang wanita risau akan keadaan anak kecilnya yang sudah seminggu tidak boleh tidur dan menangis siang dan malam. Wanita itu membawa anaknya itu berjumpa doktor, akhirnya setelah diperiksa doktor, makhluk penghisap darah menjadi punca anaknya itu tidak berhenti menangis.

Doktor yang melihat telinga kiri anak kecil itu kemerahan memeriksa telinga anak kecil itu menggunakan autoscope. Ternampak drakula kenit yang saiz sudah gemuk kekenyangan menghisap darah mangsa.

Makhluk penghisap darah ini dikenali sebagai kenit, pada asalnya kenit seperti mata pin tetapi akan membesar seperti saiz biji saga bila kenyang menghisap darah.

Sekenit ini memerlukan darah untuk hidup, selalu sekenit ini menyerang haiwan. Tetapi ia juga boleh menyerang manusia, ia akan menyerang mangsa dengan mengorek kulit untuk membuat lubang dan akan menghisap darah sehingga ia puas.

Apabila sudah kekenyangan menghisap darah ia akan jatuh ke tanah untuk bertelur dan membiak. Jika ia berada di kulit anda ia juga boleh membiak dan akan menghisap darah anda. Lebih mengerikan sekenit ini boleh berada di bahagian telinga terutamanya di bahagian kulit telinga anak anda.

Jika anak-anak yang masih kecil tidak pandai bercakap mereka hanya akan menangis dan meraung apabila menjadi mangsa sekenit. Kesan jika sekenit menghisap darah, mangsa akan merasa gatal,sakit dan kulit kemerahan serta bengkak di tempat gigitan.

Oleh itu, berhati-hatilah jika nak bawa anak kecil anak ke kawasan semak samun, kawasan seperti itu memang menjadi tempat sekenit. Jangan disebabkan sikap ibubapa yang tidak prihatin anak kecil pula menjadi mangsa. Kalau dah kena gigitan sekenit ini boleh demam tau.

Petua orang dulu-dulu guna air rendaman tembakau pekat, sapu pada tempat gigitan. Tapi, kalau dah sekenit ini ada dalam telinga anak, lebih baik bawa jumpa doktor. Jangan buat main-main dengan sekenit walaupun kecil kalau sudah jadi mangsa di hisap darah memang sakit.

Buat yang bela binatang seperti kucing atau arnab itu rajin-rajinlah bersihkan haiwan korang. Dari kucing pun sekenit itu boleh melompat naik ke kulit anda. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *