Makin ramai perempuan Melayu gila bela anjing

Pada dasarnya Islam tidak memandang keji kepada binatang iaitu anjing. Tetapi, umat Islam sama sekali tidak dibenarkan untuk menjadikan haiwan itu sebagai binatang peliharaan.

Namun, terdapat seorang wanita Islam bertudung menjadi tular di media sosial kerana menjadikan anjing itu sebagai binatang peliharaan. Malah, video wanita itu sedang memeluk, membelai dan mencium anjing itu telah menerima kecaman hebat oleh netizen.

Reaksi yang ditunjukkan wanita Islam bertudung itu seperti bangga melakukan perbuatan itu di media sosial. Tetapi, ada juga yang mendakwa wanita itu seperti sedang berada di luar negara berdasarkan dari latar belakang restoran yang terdapat dalam rakaman video itu.

Fitrah sebagai seorang Islam memang kita akan takut jika berjumpa, disergah atau disalak oleh anjing disebabkan kita sudah mengetahui kita tidak boleh menyentuh haiwan itu apatah lagi membelanya.

Kita hanya boleh memelihara anjing jika untuk berburu bintang, menjaga ternakan, menjaga tanaman dan menjaga keamanan rumah. Sebagai seorang umat Islam janganlah mengambil ringan tentang perkara ini dan sesuka hati mahu menjadikan anjing sebagai binatang peliharaan.

Banyak lagi binatang lain yang comel boleh dijadikan sebagai binatang peliharaan seperti kucing dan arnab. Malah, memeliharan anjing juga boleh menyebabkan malaikat rahmat tidak masuk ke dalam rumah pemiliknya.

Apapun, sekarang ini dapat dilihat banyak perempuan Melayu yang berfikiran kurang waras mahu membela anjing. Sebelum ini, rakyat Malaysia juga pernah digemparkan tentang seorang wanita Islam bertudung yang membela anjing bernama Bubu sebagai binatang peliharaan.

Isu itu telah mendapat respon dari pihak Jakim dan meminta wanita itu segera untuk menghentikan perbuatan itu dan kembali bertaubat pada Allah. Perbuatan yang dilakukan oleh umat Islam seperti ini dilihat satu trend yang cuba dicipta dan boleh membawa kepada perbuatan menghina agama Islam tanpa mereka sedar. –utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *