Mas Idayu Mengamuk Pada Peserta Malaysia Dalam Rancangan D’Academy Asia

D’Academy adalah satu rancangan pertandingan yang disiarkan di Indonesia yang bertujuan untuk mencari penyanyi dangdut baru peringkat Asia dan ia turut menampilkan Baby Shima sebagai peserta mewakili Malaysia.

Tetapi, baru-baru ini heboh di media sosial apabila sebuah video yang menunjukkan juri tetap dari Malaysia iaitu Mas Idayu mengamuk dan memarahi Baby Shima kerana tidak berpuas hati dengan peserta itu telah menjadi viral.

Dalam video itu, Mas Idayu kelihatan tidak dapat mengawal kemarahannya berikutan persembahan yang diberikan oleh Baby Shima pada malam itu agak hambar dan nyanyiannya juga seperti tidak memuaskan hati Mas Idayu.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila salah seorang peserta yang dikenali sebagai Kak Ros tampil ke atas pentas untuk menenangkan Baby Shima, dan perbuatannya itu telah membuatkan kemarahan Mas Idayu semakin memuncak.

Keadaan yang penuh emosi itu bagaimanapun telah berjaya diredakan apabila diakhir video itu kelihatan Baby Shima berpelukan dengan Mas Idayu.

Namun, tindakan tegas Mas Idayu memarahi Baby Shima secara terbuka seperti itu telah dikecam netizen. Ramai mengatakan yang cara Mas Idayu menegur Baby Shima itu tidak bersesuaian dan memalukan.

Sebagai juri dan penyanyi profesional, Mas Idayu sepatutnya memberikan komen yang membina kepada peserta itu dan bukan menghentam mereka kerana setiap orang mempunyai kemampuan dan kelebihan mereka yang tersendiri.

Mas Idayu tidak sepatutnya mengharapkan yang semua peserta adalah sehebatnya, kalau hebat tiadalah mereka perlu bersusah payah masuk ke pertandingan itu. Jika ingin menegur sekali pun, mungkin Mas Idayu boleh lakukan dibelakang pentas ketika berdua dengan Baby Shima.

Faham mungkin niat Mas Idayu hanya ingin menegur sebagai seorang mentor tetapi tidak perlulah sampai marah seperti itu. Tetapi, siapa tidak tahu dengan ketegasan Mas Idayu dalam mengajar penyanyi-penyanyi baru, malah disebabkan ketegasan itu lahirnya artis berbakat besar seperti Black. –utaranews.com

Saksikan persembahan Baby Shima di konsert minggu ketiga D’Academy Asia

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *