Menonton Filem Seram Mampu Buat Anda Jadi Kurus

Ini ada berita baik untuk penggemar filem seram. Menurut satu kajian, dengan memonton filem seram dipercayai dapat menurunkan berat badan. Biar betul! Macam tak percaya kan, jom baca kenyataan di bawah ni.

Terdapat satu kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Westminster, menonton filem seram dapat membakar kalori didalam badan. Seramai 10 orang sukarelawan telah disuruh untuk menonton satu filem seram dan mereka telah mengkaji kadar degupan jantung, pengambilan oksigen dan kaarbon dioksida dalam badan mereka.

Hasil mendapati bahawa salah seorang daripada mereka yang ketakutan telah melepaskan hormon adrenalin. Ketika hormon tersebut dilepaskan tubuh akan membakar lemak dan gula untuk membekalkan tenaga.

Ia juga akan memaksa badan untuk meningkatkan metabolisma sehingga badan dapat membakar gula darah tanpa menggunakan bantuan oksigen. Hasilnya, kalori yang terkandung dalam badan akan berkurang sekali gus membuatkan berat badan akan berkurangan.

Selain daripada itu, dengan menonton filem seram jugak boleh melepaskan banyak sel darah putih. Pelepasan ini sangat baik untuk badan kerana ia dapat melawan infeksi dan juga akan meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Selain daripada itu, perasaan takut juga dipercayai mampu meningkatkan mood seseorang. Jadi kepada sesiapa yang dalam proses diet tu pastikan anda tengok filem seram sehari sekali ye. Boleh cepat sikit kurus. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *