Minta maaf saja tak cukup untuk rakyat P.Pinang maafkan Guan Eng

Pengerusi Biro Publisiti MCA Datuk Chai Kim Sen berkata, permohonan maaf Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada rakyat negeri itu tidak cukup dan tidak menjamin banjir tidak akan melanda di negeri Pulau Mutiara itu lagi.

Sebaliknya, Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu mengakui kegagalan mereka mengatasi masalah bencana alam itu yang kerap terjadi di negeri itu. Selain itu, Guan Eng patut berhenti menunding jari kepada pihak lain untuk menutup kegagalan mereka.

Kejadian yang terbaru ini merupakan kali ke-120 dan terburuk yang pernah berlaku di negeri Pulau Pinang dalam masa empat tahun.

“Lim sebaliknya merungut tentang cuaca, menyalahkan hujan lebat dan banjir di Kedah yang melimpah

“Selain daripada menafikan yang pembangunan lereng bukit yang tak terkawal sebagai salah satu faktor banjir, apa pengajaran yang dipelajari Lim daripada 120 banjir yang berlaku?”.

“Bolehkah beliau mendakwa tiada pengalaman yang mencukupi? Adakah ‘permohonan maaf’ akan menjamin banjir tidak akan melanda lagi? Beliau tidak boleh lagi bergantung kepada populariti untuk lari dari tanggungjawab.

“Memang tidak dapat dinafikan negeri lain juga ditimpa banjir, tetapi ketua menteri menyalahkan pihak lain apabila ia berlaku. Hanya Pulau Pinang sahaja yang berbuat demikian,” kata Chai.

Jika hanya permohonan maaf sahaja yang Guan Eng dan Kerajaan DAP boleh lakukan, siapa pun boleh buat. Sepatutnya Guan Eng mengubah polisi pembangunan dan sistem perparitan di negeri itu.

Jika Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak melaksanakan pembangunan rakus, mungkin negeri Pulau Pinang tidak akan dilanda bencana teruk dan rakyat tidak akan menanggung kesannya. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *