Muzium Perang Pulau Pinang Adalah Tempat Yang Paling Berhantu Di Seluruh Asia

Pada zaman perang dunia kedua dahulu, Jepun adalah negara yang paling terkenal dengan sifat kekejaman yang sememangnya tiada belas kasihan. Mereka akan menangkap penduduk tempatan untuk mendapatkan maklumat dan mereka akan diseksa manakala kepala mereka juga akan dipenggal.

Tadashi Suzuki adalah Sang Algojo yang paling terkenal pada zaman itu. Dia dikatakan sangat kejam dan juga mempunyai perangai yang pelik iaitu apabila selesai sahaja upacara memenggal kepala dia akan mencuci pedangnya dengan sebotol arak kemudian meminum semula arak tersebut.

Menurut kepercayaan orang ramai, mereka sering ternampak hantu Suzuki berlegar-legar di kawasan Bukit Hantu, Pulau Pinang.

Bukit Hantu dahulu adalah sebuah benteng tahanan yang dibuat oleh orang Inggeris pada tahun 1930 untuk mempertahankan wilayahnya dari diserang oleh musuh.

Benteng pertahan yang juga dikenali dengan nama Benteng Batu Maung ini kemudian telah diambil alih oleh Jepun pada tahun 1941. Disini jugalah tempat dimana Tadashi Suzuki dan askar-askar Jepun menyeksa penduduk tempatan dengan kejam sekali.

Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 dan telah pulang ke negara asal mereka, meninggalkan Benteng Batu Maung yang mempunyai sejarah silamnya yang tersendiri. Pada tahun 2002 benteng ini telah diubah menjadi Penang War Museum.

Apa yang membuatkan muzium ini menarik adalah bukan sahaja ada hantu Suzuki malah pengunjung juga dapat mengunjungi kawasan-kawasan yang dijadikan tempat penyiksaan dan juga tempat dimana Suzuki memenggal kepala tawanannya. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *