Negeri Perak sumbangkan RM 100 ribu kepada mangsa banjir P.Pinang

Baru-baru ini negeri Pulau Pinang dilanda banjir besar. Banyak kawasan yang terjejas dan berlakunya tanah runtuh. Bencana alam itu juga menyebabkan banyak tempat tinggal, barangan perabot dan kenderaan musnah.

Sebagai tanda prihatin, Kerajaan Negeri Perak memberikan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada mangsa banjir di negeri Pulau Pinang.

Menteri Besar Dr Zambry Abd Kadir berkata sumbangan bukan hanya dari segi kewangan tetapi setiap kumpulan yang dibentuk akan turun membantu mangsa banjir.

“Janganlah jadikan ini sebagai isu politik kerana ia masalah kemanusiaan, negeri itu jiran kita dan masalah rakyat merentasi soal politik,” katanya .

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri Perak juga turut meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM1 juta bagi tabung khas bencana banjir di Perak untuk persiapan dan keperluan menghadapi bencana alam tersebut.

“Kita tidak mahu orang menyifatkan hanya sibuk masalah di luar tetapi masalah sendiri tidak dipedulikan jadi tidak timbul masalah itu,” katanya.

Diharapkan sumbangan RM100,000 yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Perak ini disampaikan terus kepada mangsa-mangsa banjir, bukannya dimasukkan ke dalam akaun DAP. –Utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *