Netizen Tak Puas Hati Bila Kak Engku Tersingkir Di #GV4

Konsert minggu ketiga Gegar Vaganza 4 (GV4) telah berakhir dan peserta bernama Raja Azura atau Kak Engku terpaksa akur yang perjuangannya dalam GV4 telah berakhir apabila diumumkan terkeluar semalam.

Bertemakan ‘Berani Ke Idok?’, perserta diberi cabaran untuk membawa lagu luar dari zon selesa mereka, dan Raja Azura telah membawa lagu daripada kumpulan Pussycat Dolls, Perhaps Perhaps Perhaps.

Tampil dengan menyampaikan lagu itu dengan berkonsepkan ala-ala ‘broadway’, persembahan Kak Engku semalam ternyata berjaya memikat hati penonton sekaligus membuktikan yang Kak Engku berjaya menyahut cabaran keluar dari zon bebasnya.

Tetapi, disebabkan markah terendah yang diberikan juri professional kepadanya, Kak Engku telah menjadi peserta kedua yang meninggalkan pentas GV4 dan penyingkiran itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati netizen.

Rata-rata netizen berasa tidak puas hati dengan keputusan penyingkiran Kak Engku kerana persembahan Kak Engku semalam boleh dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan peserta-peserta lain.

Malah, netizen merasakan ada peserta lain yang lebih layak disingkirkan semalam berbanding Kak Engku tetapi netizen terpaksa akur kerana semua perserta GV4 diadili juri professional yang sudah tentu-tentu mahir dalam bidang nyanyian.

Mungkin disebabkan oleh beberapa aksi kurang sopan Kak Engku semalam telah membuatkan juri berasa tidak suka sehingga itu memberikan kesan kepada markahnya persembahannya pada malam semalam.

Jika dilihat konsert semalam, aksi mengangkat kaki Kak Engku sewaktu ingin meninggalkan pentas konsert telah membuatkan juri professional, Datuk Ramli MS seperti tidak berpuas hati kerana kelihatan seperti tidak menghormati Tok Ram selaku orang senior dalam industri.

Namun, mungkin juga itu hanyalah satu gimik jenaka antara Datuk Ramli dan Kak Engku. Apapun, Kak Engku dah lakukan yang terbaik dan hasratnya untuk tersingkir dengan cara terhormat telah tercapai. -utaranews.com

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *