Nikon Bakal Hentikan Operasi Kilang Nikon Imagine di China

Kewujudan telefon pintar yang lengkap dengan kamera sememangnya tidak dapat menggantikan tempat kemera digital yang sebenar. Namun, tidak dapat dinafikan yang kewujudan telefon pintar telah membuatkan industri kamera mengalami penurunan.

Dan itu juga turut diakui Nikon, dimana mereka turut mengatakan kewujudan telefon pintar telah menyebabkan pasaran kamera poket menurun sehingga pengusaha memutuskan untuk menutup kilang kamera digital mereka di Jiangu, China.

Keputusan itu telah dibuat oleh lembaga pengarah Nikon dalam sebuah mesyuarat yang diadakan pada 30 Oktober lalu.  Nikon Imagine yang merupakan anak syarikat kepada Nikon di China telah ditubuhkan sejak tahun 2002 di Bandar Wuxi, Jiangsu, China.

Kilang yang mempunyai pekerja seramai 2,285 orang sehingga bulan September lalu bertanggungjawab untuk mengumpulkan kamera poket dan lensa DSLR.

Keputusan untuk menutup kilang Nikon Imagine China dilakukan disebabkan oleh penurunan pasaran kamera poket disebakan telefon pintar.

Dalam beberapa tahun ini…, kerana kemunculan telefon pintar, pasaran kamera poket telah menyusut dengan sangat cepat, menyebabkan penurunan tahap operasi di China (Nikon Imagine) dan membuatkan persekitaran perniagaan menjadi sulit.

Selain di China, Nikon juga telah menghasilkan kamera digitalnya di kilang Jepun dan Thailand.

Setelah hampir separuh dekad bersaing, disebabkan peningkatan telefon pintar berkamera, pasaran kamera poket telah tergugat teruk sehingga hampir mati.

Pasaran global untuk kamera poket menyusut sehingga per sepuluh dari puncak dalam tahun terakhir ini. (Nikon) menjangka dapat menjual 4.8 juta kamera digital secara keseluruhan pada tahun terakhir yang berakhir pada bulan Mac 2018, mencatatkan penurunan sebanyak 24%.  Manakala, untuk kamera poket pula, penjualannya jug menurun sebanyak 28%.

Menurut Peta Pixel, untuk mengatasi persaingan yang semakin sengit, Nikon akan menjalankan penstrukturan semula dimana syarikat itu akan memberi tumpuan lebih kepada “produk tinggi tambah-nilai,’ seperti kamera DSLR dan kemera tanpa cermin Nikon yang akan datang. –utaranews.com

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *