PAN buat lawak ketika beri sumbangan banjir di Kelantan

Ketika ini negeri Pantai Timur seperti Kelantan dilanda banjir akibat hujan lebat berterusan. Susulan itu ramai pihak yang turun menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri itu.

Tidak ketinggalan juga Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan yang turut serta memberi sumbangan kepada mangsa banjir di negeri itu. Namun parti itu cuba buat lawak dengan gelagat mereka yang jelas sedang berlakon dan kononnya betapa sukar nak menghantar bantuan kepada mangsa banjir.

Ini dapat dilihat menerusi gambar di atas yang menunjukkan Ketua Pemuda PAN Kelantan yang tenggelam sehingga paras pinggang, walhal kereta pacuan empat roda yang berada disebelahnya itu hanya tenggelam suku tayar sahaja.

Hebat betul cara PAN Kelantan dalam kerja-kerja pembohongan, tapi mereka tidak dapat menipu kerana gambar itu telah menunjukkan sikap mereka yang sebenarnya yang gemar berpura-pura dan menipu.

Tetapi ini bukan kali pertama pembangkang berkelakuan seperti ini, Presiden parti itu Mohamad Sabu sebelum ini pun pernah melakukan hal yang sama ketika banjir melanda negeri Kelantan pada 2014.

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berpura-pura tenggelam sehingga ke dada, walhal paras air itu hanya pada paras peha sahaja.

Begitu juga dengan Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang turut berkelakuan seperti itu di mana beliau hanya melambai dari dalam kenderaan pacuan kepada roda kepada motor dan basikal di Pulau Pinang yang dilanda banjir sebelum ini.

Mungkin Pakatan Harapan ini dilatih untuk menipu agaknya. Kononnya datang melawat mangsa banjir, walhal sibuk bergambar dan sekadar tunjuk muka sahaja. Datang tak sampai berapa minit, kemudian beredar. Itulah cara Pakatan Harapan. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *