Pantang Larang Pelik Ketika Makan Di Beberapa Negara Didunia

Masyarakat Melayu memang penuh dengan adab kesopanan yang dididik dari kecil sehingga dewasa. Boleh dikatakan ianya telah menjadi salah satu warisan dari nenek moyang sejak beratus tahun dahulu yang masih diteruskan sehingga sekarang. Bukan di negara Malaysia sahaja, di negara-negara lain juga terdapat adab dan budaya mereka tersendiri.

Tahukah anda, terdapat beberapa buah negara yang mempunyai adab ketika makan yang agak unik dan pelik, antaranya ialah;

1. Tiongkok – Dilarang habiskan makanan didalam pinggan

Tidak seperti masyarakat Melayu yang sememangnya telah dididik supaya jangan membazir dan habiskan makanan di dalam pinggan. Tetapi bagi masyarakat di Tiongkok, jika anda menghabiskan makanan dan membiarkan pinggan makan dalam keadaan kososng, ia dianggap seperti menghina orang lain yang sedang makan.

2. India – Dilarang mengucapkan ‘terima kasih’

Ucapan terima kasih bagi orang India adalah sama seperti anda sedang memerli dan menghina makanan mereka. Di sana anda hanya perlu makan dengan penuh selera ataupun makan dengan lahapnya dihadapan mereka sebagai tanda berterima kasih.

3. Hungaria – Dilarang bunyikan gelas

Seperti yang selalu dilihat di kaca TV, masyarakat Eropah sering mebunyikan gelas ataupun ‘cheers’ menandakan mereka sedang meraikan sesuatu upacara. Tetapi bukan di Hungaria, mereka menganggap perbuatan ini sangat menyakitkan hati dan menghina kerana pada zaman negara mereka dijajah dahulu, orang Austria telah menyambut kemenangan dengan mendentingkan gelas sambil ketawa terbahak-terbahak.

4. Spanyol -Buang Sampah Di Lantai

Jika anda sedang bercuti di Spanyol dan sedang mencari restoran makanan yang sedap, anda boleh melihat di permukaan lantai restoran tersebut. Ini kerana semakin banyak sampah yang anda nampak di bawah meja/lantai semakin lazat dan enaklah makanan yang terdapat di restoran berkenaan. Anda cuma dibenarkan buang sampahnya sahaja bukan makanan yang anda tidak suka ya.

Walauapun kedengaran pelik dan macam tak masuk akal, tetapi itulah adab dan sebahagian daripada budaya mereka yang harus kita ikuti jika berada di negara mereka. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *