Pasangan Kerugian Teruk Selepas Ditipu Syarikat Pindah Rumah

Sekurang-kurangnya sekali dalam hidup seseorang individu itu pasti pernah merasai pengalaman ditipu dengan gemar mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain.

Seperti yang terjadi kepada pasangan, Becky Szenk dan Mark Higgins dari Walsall, England apabila seluruh isi rumah mereka hilang akibat tertipu dengan satu tawaran sebuah syarikat ‘removal’.

Pasangan itu dikatakan telah menempah perkhidmatan ‘Lee Green’ melalui Facebook untuk memindahkan barang dari rumah lama ke rumah baru mereka di pub The Horse and Jockey tanpa menyangka itu adalah kali terakhir mereka boleh melihat harta benda mereka.

‘Lee Garden’ dan rakan subahatnya telah melarikan peti sejuk, mesin basuh, kertas kerja, gambar keluarga, hadiah hari ibu pertama Szenk, sijil lahir anak perempuan mereka, rantai serta cincin tunang Shzenk.

Satu-satunya harta yang ada pada mereka adalah televisyen kerana tidak mahu ia rosak jika dibawa mengunakan lori.

Oleh sebab, mereka telah mengunakan semua wang simpanan mereka untuk dapatkan pub yang akan menjadi rumah dan juga kedai, mereka sudah tidak mempunyai wang simpanan lagi tambahan pula nilai anggaran kerugian mereka adalah sebanyak $13,500.

Semasa kejadian, Szenk, 22 tahun dan tunangnya, tidak sedar sebarang kelainan kerana pekerja syarikat itu telah membersihkan seluruh rumah mereka dengan cepat sehingga mendapat pujian dari Szenk.

Mereka berlumba masuk dan keluar dari flat kami.  Kami hanya fikir mereka semua sangat profesional.  Apabila saya komen betapa cepatnya mereka siapkan kerja, salah seorang dari mereka memberitahu saya, ‘kami ada banyak kerja hari ini.’

Lelaki itu beritahu saya terlebih dahulu supaya masukkan semua barang ke dalam kotak dan tandanya dengan jelas. Saya tidak sedar masa itu, tetapi mereka ambil barang-barang yang berharga dulu.

Sebaik sahaja selesai, van itu sepatutnya tiba di pub Horse and Jockey di mana Higgins telah berada disana tetapi mereka tidak pernah tiba.

Saya tidak pernah menangis seteruk ini.  Saya sangat terkejut, mereka telah mengambil cincin tunang dan mainan anak saya.

Bagi kami, ini adalah satu pengajaran besar. Saya hanya berharap orang lain boleh lebih berhati-hati dalam mempercayai orang yang mereka tempah di media sosial kerana saya benci lihat ini berlaku kepada orang lain.

Kini, kejadian malang yang menimpa pasangan itu sedang dalam siasatan polis manakala, Facebook ‘Lee Green’ pula telah ditutup.

Sebagai langkah percubaan untuk membina semula rumah mereka, pasangan itu telah melancarkan laman GoFundMe dan telah menerima sumbangan sebanyak $5,285 tetapi bukan itu sahaja, mereka juga telah menerima sumbangan dalam bentuk barangan seperti sofa dan peti sejuk bernilai $4,000. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *