Pasar Khas Untuk Jual Barangan Bekas Kekasih Di Vietnam

Susah kan nak lupakan kenangan bersama bekas kekasih?, tambah pula kalau dah bertahun-tahun bercinta tapi tak jadi kahwin. Bak kata orang sekarang ni, ‘menjaga jodoh orang lain’. Mesti banyak kenangan dan barang-barang milik bekas kekasih yang akan menghantui hidup korang. Memang susah la nak dilupakan.

Tapi bagi orang-orang di Hanoi, Vietnam terdapat satu tempat dimana kita boleh buang semua barang-barang peninggalan bekas kekasih korang. Tempat tu terkenal dengan nama ‘Pasar Patah Hati‘ ataupun Old Flames Market. Boleh dikatakan kat situ tempat orang-orang yang patah hati macam korang berkumpul selama sebulan sekali.

Pasar itu telah dibuka oleh seorang lelaki bernama Dinh Thang sejak Februari yang lalu selepas putus cinta dengan bekas kekasihnya.  Bagi Dinh, dengan membuka pasar patah hati ini, dia dapat melupakan dan mengubati hatinya yang terluka itu. Dinh telah bertekad untuk menjual semua barang-barang pemberian dan juga peninggalan bekas kekasihnya.

Cara macam ni juga boleh buat korang cepat move on tau. Tak ada la korang rasa rugi sangat habiskan masa, duit dan tenaga selama bertahun-tahun kan..dapat juga duit buat tambah modal beli iphone baru ke travel ke..ye tak?

Pasar itu telah mendapat perhatian ramai anak-anak muda di Hanoi telah datang bersama-sama untuk jual barang-barang bekas kekasih mereka. Jangan ingat tak ada orang nak beli ye, ramai jugak orang datang berkunjung untuk membelinya. Tapi pastikan barang yang nak dijual tu berada dalam keadaan yang baik la.

Jadi pada sesiapa yang bercadang nak travel ke Hanoi, Vietnam tu nanti boleh la pegi melawat pasar patah hati ni..Mana tau boleh dijadikan inspirasi. – utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *