Patah tangan gara-gara belasah pencabul hingga lembik

PHILADELPHIA – AMERIKA SYARIKAT. Seorang wanita langsung tidak memberi peluang kepada seorang pencabul dengan membelasahnya sehingga lembik.

Menurut laporan Philadelphia Magazine, Jacquelyn Blough, 30, sedang bertugas di sebuah bar pada hari kejadian, 28 Oktober lepas.

Ketika mengemas bar berkenaan, seorang lelaki didakwa memasukkan tangannya ke dalam skirt Jacquelyn yang ketika itu sedang berdiri.

“Dia jolok jari dia (ke dalam),” kata Jacquelyn mengenai perbuatan jijik berkenaan.

“Saya pusing menghadapnya, dia kata dia buat lawak, dan saya kunci leher (headlock) dia dan belasah dia hingga lembik,” kata Jacquelyn.

Seorang kakitangan bar kemudian mengangkat dan mencampak suspek ke luar bar manakala Jacquelyn bergegas ke hospital.

“Saya tahu tangan saya dah patah. Saya rasa sangat sakit dan ia membengkak.

“Saya habiskan enam jam di hospital Penn Presbyterian. Saya terpaksa pakai simen sekurang-kurangnya enam minggu,” kata Jacquelyn lagi.

Jacquelyn yang tidak membuat laporan polis pada hari kejadian bagaimanapun gagal melupakan peristiwa berkenaan.

Susulan itu, beliau membuat satu laporan polis, kelmarin.

Polis Philadelphia kini mencari suspek yang didakwa membuat serangan seksual terhadap Jacquelyn.

Sumber – sinarharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *