Pekerja ZARA Masukkan Mesej Rahsia Dalam Setiap Helai Baju Yang Dibeli Oleh Pelanggan

Cuba bayangkan, kita penat-penat kerja tetapi tiba-tiba tidak dibayar gaji selama 3 bulan. Apa yang kita rasa? Marah? Sedih? Ataupun rasa macam dunia sudah berakhir?

Seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar di Istanbul ini, pekerja-pekerja sebuah butik terkenal di negara berkenaan, tidak dibayar gaji walaupun berkerja sehabis hati untuk keuntungan butik tersebut.

Dilaporkan, pekerja-pekerja di Butik ZARA, tidak dibayar gaji selama 3 bulan selepas butik tersebut ditutup secara tiba-tiba tanpa memberikan sebarang notis.

Pekerja di butik berkenaan terpaksa melakukan sesuatu bagi menyebarkan ketidakpuasan hati mereka. Sekeping kertas yang mengandungi mesej rahsia diletakkan didalam poket pakaian yang dijual.

Tindakan pekerja-pekerja dibutik berkenaan itu akhirnya membuahkan hasil apabila orang ramai mula mengecam pemilik butik tersebut. Dan akhirnya pemilik butik berkenaan membayar semula wang yang patut diterima oleh pekerjanya.

Inilah nasib yang sering menimpa pekerja-pekerja bawahan. Tenaga dikerah sehingga kering tetapi ianya hanya menguntungkan pemilik kedai. Seharusnya pekerja dilayan setimpal kerana tanpa pekerja yang baik, pemilik perniagaan tak mungkin boleh membuat keuntungan. – Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *