Pelakon Jepun Digelar Kembar Kepada Lee Min Ho dan Kai (EXO)

Dapat memiliki teman lelaki yang mempunyai rupa paras mirip seperti Lee Min Ho atau Kai (EXO) sudah cukup membahagiakan untuk peminat-peminat kpop kerana kedua-dua bintang terkenal Korea Selatan itu memang terkenal dengan rupa paras yang kacak dan penuh kelelakian.

Namun, bagaimana pula jika dapat teman lelaki itu mempunyai rupa paras gabungan di antara Lee Min Ho dan Kai (EXO)? Mungkin itu terlalu bagus untuk berlaku di dalam dunia nyata tetapi ia benar-benar wujud.

Seorang pelakon terkenal Jepun, Sota Fukushi dikatakan mempunyai rupa paras yang tersangat sama dengan pelakon ‘Boys Over Flowers’, Lee Min Ho dan ahli kumpulan EXO, Kai.

Sekali pandang, mungkin peminat akan tersalah anggap dengan menyangka Fukushi adalah salah seorang daripada bintang besar Korea Selatan itu tetapi yang sebenarnya dia adalah pelakon Jepun yang pernah membintangi filem My Tomorrow, Your Yesterday, Kamen Rider Fourze dan banyak lagi.

Ini kerana, ciri-ciri wajah Fukushi yang kelihatan sama seperti Lee Min Ho ketika muda terutama sekali pada bahagian hidung dan juga ‘jawline’-nya.

 

Manakala, mata dan pipi pelakon berusia 24 tahun itu pula kelihatan sama seperti Kai dan itu adalah satu persamaan rupa yang sangat luar biasa kacak.

Apapun, ketiga-tiga nama besar Korea dan Jepun itu telah dikurniakan dengan rupa paras yang sangat kacak sehingga boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa cemburu dan bermimpi ingin memiliki rupa kacak seperti itu. –utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *