Pemaju gemar buat rumah mahal jadi punca ia tak terjual

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tan Sri Noh Omar akui pemaju gemar buat rumah mahal jadi punca rumah berharga RM250,000 ke atas tak terjual.

Beliau juga menyalahkan pemaju kerana membina lebih banyak unit rumah mahal berharga di atas RM250,000 berbanding membuat harga rumah bawah RM250,000 yang dilihat lebih mudah terjual.

“Jadi memang kalau kajian dibuat rumah RM250,000 ke bawah mudah dijual. Tetapi yang banyak tak terjual rumah RM250,000 ke atas,” katanya

Sepatutnya pemaju bukan hanya memikirkan keuntungan semata-mata, tetapi sama-sama membantu hasrat kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik yang telah dilaksanakan kerajaan. Kerajaan telah membelanjakan RM2.7 bilion dalam menyediakan rumah mampu milik pada rakyat.

Sekarang ini harga siling untuk kebanyakkan rumah yang dibina bukan lagi dijual pada harga mampu milik. Sebaliknya rumah yang dijual pada harga yang hanya ‘mampu tengok’ sahaja oleh rakyat. Jumlah rumah harga RM250,000 disifatkan harga rumah yang sangat mahal dan tidak ramai rakyat yang mampu membeli.

Walaupun begitu, semua projek pembangunan mewah di ibu kota tetap akan diteruskan termasuk projek pembinaan lain seperti pusat membeli-belah dan ruang pejabat.

Tetapi, rumah yang berharga RM1 juta akan dihentikan terlebih dahulu disebabkan banyak lagi unit rumah harga RM250,000 ke atas masih tidak terjual.

“Jadi hanya mana yang dah diluluskan, kita kata tak apalah kita boleh teruskan tapi yang projek-projek yang baru ni kena berhentikan dulu,” katanya.

Adalah menjadi satu pembaziran jika rumah yang dijual pada harga RM250,000 masih tidak dijual. Apa salahnya jika pemaju perumahan sama-sama membantu hasrat kerajaan dalam membantu rakyat dengan membina rumah mampu milik. – utaranews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *