Pembangkang menipu bila dakwa rakyat Malaysia menderita dibawah BN

Pelbagai cara akan dilakukan oleh pembangkang untuk memburuk-burukkan kerajaan di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). Bagi pembangkang, apa sahaja kerajaan lakukan untuk rakyat kononnya semuanya membebankan dan tidak prihatin dengan nasib rakyat.

Pembangkang selama ini sering mendakwa kononnya Malaysia sebuah negara gagal dan muflis. Walhal dakwaan yang dilemparkan oleh pembangkang itu ternyata hanya satu fitnah dan dakwaan yang tidak masuk akal.

Ini kerana statistik sudah membuktikan bahawa perkembangan ekonomi di Malaysia adalah antara yang terbaik di dunia ketika ini. Malah ringgit pun semakin mengukuh, Bloomberg dan World Bank telah iktiraf kestabilan ekonomi Malaysia ini.

Tak cukup dengan dakwaan tidak munasabah itu, pembangkang mendakwa pula rakyat Malaysia terpaksa ikat perut dan sedang menderita dibawah BN. Tapi benarkah rakyat Malaysia ini ikat perut dan sedang menderita?

Baru-baru ini, menarik perhatian dan tular di media sosial di mana gambar ribuan orang beratur di KLIA, Sepang yang bersesak-sesak mahu menaiki kapal terbang. Jika zaman sebelum ini, keadaan ini hanya boleh dilihat di stesen bas Puduraya tetapi kini rakyat Malaysia beratur di lapangan terbang.

Jadi, ini menunjukkan pendapatan rakyat bertambah, ada duit lebih boleh beli tiket kapal terbang. Baru-baru ini juga, ramai orang ke kaunter ATM untuk melihat dan menyemak baki dalam akaun masing masing. Ada yang bersyukur bila melihat baki di bank sudah bertambah.

Ini kerana kelmarin duit BR1M sudah pun masuk mulai kelmarin hingga 31 Disember 2017 untuk pembayaran sehingga RM1,200.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Food and Agriculture Organization, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, rakyat Malaysia membuang 33,000 tan sampah setiap hari pada tahun 2015.

Tahu sampah apa yang dibuang oleh rakyat Malaysia setiap hari? 8,000 tan daripada sampah harian yang dibuang oleh rakyat Malaysia itu adalah sampah berjenis makanan. 8,000 tan makanan yang dibuang ini boleh dinikmati hidangannya oleh 7 juta orang.

Berbanding dengan negara negara lain, sampah makanan yang dibuang oleh rakyat Malaysia adalah 0.54 per kilogram. Jumlah yang tinggi berbanding Hong Kong (0. 5 per kilogram), Singapura (0.36 per kilogram), Taiwan (0.35 per kilogram), Amerika Syarikat (0.30 per kilogram) dan Korea Selatan (0.29 per kilogram).

Ini menunjukkan orang Malaysia tak adalah ikat seperti yang didakwa oleh pembangkang. Orang Malaysia ini sebenarnya hidup mewah, makanan pun dibuang sebagai sampah.

Selain itu, orang Malaysia juga tidak ikat perut kerana mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan menunjukkan seramai 5.5 juta orang Malaysia mengalami obesiti. Orang Putrajaya paling ramai obesiti dengan 43%, Melaka dan Perlis 36%, Negeri Sembilan 35.6% dan Kedah 33.2%.

Berdasarkan statistik World Obesity 2015, Malaysia adalah antara negara tertinggi obesiti di Asia bersama sama dengan negara Kazakhstan, Arab Saudi, Uzbekistan, Iran dan Iraq. 15% lelaki dewasa obesiti dan 20.6% wanita dewasa mengalami obesiti. Di Asia Tenggara, Malaysia adalah negara yang tertinggi sekali.

Di Venezuela harganya minyak adalah RM0.04 sen seliter tetapi di sana sejumlah 26.4% rakyatnya tidak bekerja atau sejumlah 8.4 juta orang tidak tiada pekerjaan. Negara yang paling murah harga minyak tetapi tiada pekerjaan untuk rakyatnya.

Ada rakyat Venezuela hidup senang dan makin baik bila minyaknya murah? Sedozen telur ayam berharga RM650 di Venezuela. Kenapa harga telur ayam di sana mahal sedangkan harga minyaknya murah? Sepatutnya jadi murah sebab Rafizi kata kalau harga minyak turun maka harga barang akan turun. Ini bermakna teori Rafizi ini mengarut dan tidak masuk akal sama sekali.

Rakyat Malaysia buang bertan tan makanan sebegitu sahaja, malah ada yang makan lebih hingga buncit dan obesiti. Ada yang ada duit lebih melancong lagi ke luar negara menaiki kapal terbang.

Jadi, pembangkang tidak usahlah menggunakan modal ramai rakyat ikat perut ini untuk memburuk-burukkan kerajaan. Hentikanlah cerita itu. –Utaranews.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *